fbpx
Now Reading
Niat Nak Bantu Gelandangan, Lelaki Ini Maut Ditikam Sekumpulan Remaja

Niat Nak Bantu Gelandangan, Lelaki Ini Maut Ditikam Sekumpulan Remaja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang tak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi lelaki ini yang cuba untuk menyelamatkan seorang gelandangan tetapi ditikam oleh sekumpulan remaja.

Mengikut laporan The Sun, James ketika itu cuba mengejar remaja yang mengganggu seorang gelandangan tetapi tanpa disangka nasib buruk itu menimpa dirinya.

Jiran-jiran pun ada membuat aduan kumpulan remaja itu memang suka buat bising dan mengganggu ketenteraman di kawasan kejiranan itu.

Foto: The Sun
Foto: The Sun

Kehilangan James itu sudah semestinya memberikan impak yang besar kepada keluarganya. Dia telah meninggalkan seorang tunang dan empat orang anak yang masih kecil.

Tiga orang remaja lelaki dan dua orang perempuan berusia antara 13 ke 16 tahun telah ditahan kerana disyaki membunuh. Dua daripadanya masih ditahan manakala yang selebihnya telah dibebaskan bawah siasatan.

Foto: The Sun

Kejadian tragis itu dikatakan berlaku di Laindon, Essex pada sambutan hari jadi anak kembarnya.

Foto: The Sun

“James tengah buat barbeku. Hari itu merupakan hari jadi anak kembarnya. Dia ternampak seorang gelandangan yang tinggal di tepi jalan. Dia pun berniat untuk memberikan sedikit makanan.

“Sekumpulan remaja dilihat mengganggu gelandangan itu dan dia tampil memberikan pertolongan. Dia kemudiannya dibunuh oleh remaja yang sedang mengganggu gelandangan itu.”

Foto Kredit: The Sun

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.