Now Reading
Seram! Pemuda Cerita Detik Cemas, Pintu Rumah Diketuk Pocong Jam 4 Pagi

Seram! Pemuda Cerita Detik Cemas, Pintu Rumah Diketuk Pocong Jam 4 Pagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, viral sebuah cerita seram daripada perkongsian seorang lelaki yang bernama Syahmi di Twitter.

Pemuda berkenaan menceritakan detik cemas yang dialaminya sendiri apabila pintu rumahnya diketuk ‘sesuatu’ pada jam 4 pagi.

Menurut Syahmi, dia ketika itu sedang menyiapkan assignment bersama rakan sekelas melalui Google Meet.

Pintu utama rumah diketuk

Sambil menyiapkan tugasan tersebut, dia difahamkan telah ke dapur untuk memasak maggi Tiba-tiba, dia terdengar bunyi ketukan pintu dari luar rumah.

“Sebab aku overnight dengan classmate aku buat assignment, punca gelabah buat assignment last minute. Time tu aku lapar nak masak maggi kat dapur, hanya lampu dapur & lampu bilik aku je yang teman aku. So time buat maggi tu, tetibe ada orang ketuk pintu rumah.”

”Aku pelik lah, mangkok mana ketuk datang rumah orang pepagi buta ni, bangang ke ape. Bagi salam pon takde, aku pikir kan jiran sebelah / bawah ke, kot2 naik rumah aku nak tegur aku maybe aku terbising ngan classmate aku kat google meet ke ape.”

Pada awalnya, Syahmi meluahkan dia mahu mengabaikan bunyi ketukan itu kerana menyangka orang yang ketuk itu akan berhenti.

Akan tetapi, bunyi ketukan itu diteruskan dan kedengaran sangat lain seolah-olah menggambarkan ia bukanlah diketuk oleh seorang manusia.

“Aku rasa macam taknak lah bukak pintu, biar dia tahu yang orang rumah tido so maybe pagi nanti boleh lah datang balik rumah aku. Tapi… dia teruskan ketuk tau, ketuk pon lain macam bunyinye, macam bukan orang yang ketuk pintu.”

Oleh sebab tidak mahu keluarga atau jirannya terbangun, Syahmi lantas pergi membuka pintu untuk melihat siapakah yang mengetuk itu.

Tiada siapa di luar rumah

Namun, dia mendapati tiada siapa di depan pintu rumahnya dan segera meninjau ke arah balkoni. Setelah itu, Syahmi berasa sesuatu yang ganjil dan meremang bulu roma. Bahu kanannya juga dikatakan berat.

“Pastu aku pergi balcony usya bawah jap. Then aku dapat rasa something strange and bulu roma aku naik bahgian tengkuk. Bahu aku pon macam berat sebelah kanan.”

Nampak kelibat pocong

Saat yang paling menyeramkan adalah sewaktu Syahmi pusing ke arah kanan, dia mendapati kelibat pocong berada di hujung koridor. Fuh meremang bulu roma!

Tambahnya, tambahnya wajah pocong berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan kerana ditutupi kain sebelum dia mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi.

Remaja berkenaan turut menggunakan handphone di tangannya untuk menangkap gambar pocong tersebut sebelum masuk semula ke dalam rumah. Sungguh berani!

“Aku terkejot at first, so bila nampak skali tu. pocong tu muka dia tertutup, macam jenazah biasa kita tengok. aku trus pandang bawah and bukak fon .. sambil bukak fon dalam hati sambil baca ayat kursi. Aku tak takot sangat pon, sebab dah banyak kali kena sighting bende2 mcm ni. “

“So aku open camera aku ambik gambar, then tarik pagar, tutup pintu, masuk bilik air, ambik wudhuk then masuk bilik mute google meet kejap. Aku check fon aku nak tengok gambar tadi.”

Di akhir thread berkenaan, Syahmi turut berkongsi hasil tangkapan kamera handphone miliknya.

Setelah diteliti, pocong berkenaan tidak kelihatan di dalam gambar tetapi bayang-bayangnya sangat jelas terbentuk seolah-olah sedang berdiri di hujung koridor tersebut. Fuh seram!

Foto: Twitter

Sehingga artikel ini ditulis, tweet yang telah viral itu meraih sehingga 5K retweets, 12.8K likes dan 124 replies di aplikasi Twitter. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa takut dan seram ketika membaca kisah tersebut.

Malah, ada juga yang ragu-ragu untuk stay up sehingga tengah malam selepas mengetahui insiden mencemaskan itu.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.