fbpx
Now Reading
Takut Tak Sempat Kahwin Sebab PKP, Wanita Ajak Pasangan Nikah Last Minute

Takut Tak Sempat Kahwin Sebab PKP, Wanita Ajak Pasangan Nikah Last Minute

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepanjang tempoh PKP, sebarang aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan, seminar, kursus dan sebagainya tidak dibenarkan sama sekali.

Antara golongan yang agak terkesan dengan pelaksanaan PKP adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa yang terdekat.

Keputusan last minute

Seperti yang dialami oleh wanita ini apabila dia mengambil keputusan ‘last minute’ untuk berkahwin sebelum tibanya waktu PKP yang bermula pada hari ini.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dia hanya menghantar teks yang sangat ringkas kepada suaminya untuk mengajak kahwin pada hari tersebut.

“Sayang, jom kahwin harini”

@fariha.razali

Allah is the best planner ❤️ ##nikah

♬ Im Addicted To – pritamayu

Menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh wanita yang dikenali sebagai Fariha Razali. Ia memaparkan situasi  dimana dia terpaksa bersolek sendiri, tiada inai dan dulang mahupun pelamin kerana tidak sempat untuk disediakan oleh kerana keputusan drastiknya itu.

“Makeup sendiri. No dulang, no inai, no pelamin”

Menurut Fariha, semua urusan wajib termasuk segala borang sudah diselesaikan pada bulan 3 yang lalu. Difahamkan, proses pernikahan  juga amat mudah kerana pasangannya juga tinggal di dalam daerah dan negeri yang sama.

“Part yang wajib Alhamdulillah semua lengkap, borang pun dah settle.”

“Tarikh nikah 22/5. Mmg kami alert nak cptkan cuma tk confirm. Lps call tok kadi, dia boleh bantu hari yg sama call tu jugak. So kiteorg go on jela.”

Oleh itu, mereka hanya perlu menunggu tarikh untuk dinikahkan yang telah dipersetuju iaitu pada iaitu 22 Mei akan datang.

Tok Kadi nasihatkan percepatkan tarikh

Di samping itu, Tok Kadi tersebut juga telah menasihatkan mereka untuk mempercepatkan pernikahan kerana dijangka PKP akan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat

“Thank you everyone for the dua! Actually i call tok kadi, dia ckp nak pkp, so dia nak bantu kiteorg cepatkan which is the same day.”

“And a day before, kiteorg dah mmg bebetul talk utk nikah asap. So after i call tok kadi, i terus tanya. Dia pun okay setuju.”

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di laman TikTok itu meraih sehingga 1.3M views, 180K likes dan 8.2K shares di aplikasi tersebut.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan ramai juga yang terkejut dengan keputusan drastik wanita itu. Bahkan, ada juga yang  berkata ia kelihatan sangat mudah seakan-akan hanya mengajak pergi lepak di kedai makan.

“Macam ajak lepak mamak”

“Tahniah”

“Semoga kekal hingga ke jannah”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.