fbpx
Now Reading
Baru Semangat Nak Makan, Lemang Dibeli Keras Macam Lesung Batu

Baru Semangat Nak Makan, Lemang Dibeli Keras Macam Lesung Batu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya di pagi hari raya, lemang memang dah jadi menu wajib yang patut dihidangkan kepada keluarga dan juga tetamu. Kiranya kalau tak ada tu memang tak lengkap lah suasana hari raya tu kan.

Tetapi malang pula nasib yang menimpa lelaki ini selepas lemang yang dibelinya sangat keras dan membuatnya terbantut untuk makan.

Lemang keras dan susah dipotong

Menerusi video yang dikongsi sendiri olehnya di TikTok @lebaitrompet, lemang yang dibelinya itu memang sangat keras dan nampak gayanya memang susah untuk dipotong. Tambah pula nak makan, memang lagi tak tertelan lah kan?

@lebaitrompet

Xtau nak sedih ka nak happy dapat lemang macam ni..😂😂😂😂

♬ original sound – Atiliousss

Tak terhenti di situ, lelaki ini cuba untuk membuktikan kekerasan lemang itu dengan menumbuk cili merah seperti menggunakan anak lesung. Yang menariknya, cili itu terus terbelah dua dimana membuktikan memang lemang tu bukan calang-calang punya keras.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen bergurau kononnya lemang itu sebenarnya lesung batu. Ada juga yang menyarankan lelaki itu untuk mengukusnya semula.

“Kukus balik InshaAllah lembut.”

Kunyah raya pertama, raya haji tahun depan baru lumat

Ingatkan lesung baru original

Semoga lepas ini dia dah tak serik lah nak beli lemang sebab kalau tak ada lemang di pagi raya memang tak best lah kan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.