fbpx
Now Reading
Kes BMW Langgar Anggota Rela Selesai, Pemandu Akhirnya Mohon Maaf & Berdamai

Kes BMW Langgar Anggota Rela Selesai, Pemandu Akhirnya Mohon Maaf & Berdamai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam tular satu video memperlihatkan aksi biadap dan tidak wajar seorang pemandu kereta jenis BMW yang melanggar seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sedang bertugas di sebuah sekolah dipercayai di Shah Alam.

Menerusi video tersebut, Rela berkenaan yang sedang bertugas cuba menghalang kereta mewah tersebut dari melalui jalan berkenaan namun arahannya tidak diendahkan pemandu tersebut yang kemudiannya tetap maju kehadapan sehingga melanggar kaki anggota terbabit.

Difahamkan sewaktu kejadian jalan berkenaan bertukar menjadi sehala disebabkan waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah

Insiden tersebut yang turut disaksikan sebilangan ibu bapa dan pelajar yang berada di kawasan berkenaan menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan pemandu BMW tersebut sebagai bongkak dan langsung tidak menghormati tugas orang lain.

Terbaru, isu berkenaan dilaporkan sudah pun selesai selepas pemandu terbabit memohon maaf kepada angggota Rela berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ianya dilakukan selepas kedua-dua mereka dipanggil ke IPD Shah Alam untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku di Kota Kemuning itu.

Anggota rela tarik balik laporan

Enggan isu tersebut berpanjangan, anggota Rela itu kemudian menerima permohonan maaf tersebut dan menarik kembali laporan polis yang dibuat.

“Lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta BMW itu telah memohon maaf kepada anggota Rela tersebut.

“Susulan itu, anggota Rela berkenaan mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.