fbpx

Kisah Pasangan Suami Isteri Kekal Bahagia Walau Hidap Penyakit Buat Netizen Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah kehidupan memang tidak akan lekang dengan ujian. Ada kalanya kita diuji dengan kesempitan harta benda, ada juga yang belum dikurniakan anak walaupun menanti sejak sekian lama, tidak kurang juga ada yang ditarik nikmat kesihatan.

Diuji masalah kesihatan

Seperti kisah satu pasangan ini yang hidup saling melengkapi dan menjaga satu sama lain walaupun diuji dengan masalah kesihatan.

Menerusi beberapa posting yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama @aunimuthalib di laman TikTok, ia memaparkan kisah kehidupannya bersama suami yang masing-masing menghidapi penyakit kronik.

Difahamkan, Auni menghidap barah tiroid serta kegagalan buah pinggang tahap lima. Manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy yang menyebabkan otot badannya menjadi lemah dan tulang belakangnya membengkok ke hadapan.

Tabah menghadapi dugaan bersama

Walaupun diuji sedemikian, mereka kelihatan sangat tabah dan tidak menjadikan penyakit itu sebagai penghalang untuk terus menjalani kehidupan seperti orang lain.

Menurut satu videonya di TikTok, ia menunjukkan Auni membantu suaminya untuk duduk walaupun dirinya juga kelihatan tidak begitu daya untuk mengangkat suaminya.

@aunimuthallib

Biasanya sebelum transfer ke wheelchair..mcm ni laa kena angkat husband. Selagi ada kudrat seketul Auni ❤️ #AuniTheIronLady

♬ original sound – ethelindfaustine

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih sebanyak 5.6M views, 449.5K tanda suka dan 5K komen di laman TikTok.

Majoriti warganet sangat terharu dan kagum dengan wanita itu kerana tetap tabah menjaga suaminya walaupun diri sendiri mengalami penyakit kronik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar pasangan tersebut dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik serta kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.