fbpx
Now Reading
Menangis Nak Balik Kampung Lepas Hilang Kerja, Polis Akhirnya Lepaskan Wanita Ini Pulang

Menangis Nak Balik Kampung Lepas Hilang Kerja, Polis Akhirnya Lepaskan Wanita Ini Pulang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mengawal penularan Covid-19, Kerajaan Indonesia di sana telah mengadakan sekatan jalan raya di beberapa daerah yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, individu yang ingin merentas daerah perlu mengemukakan surat ‘bebas Covid-19’ terlebih dahulu kepada pihak polis sebelum boleh melepasi sekatan jalan raya.

Baru-baru ini, viral tentang seorang penunggang motosikal wanita yang menangis apabila ditahan pihak berkuasa di sekatan sempadan daerah.

Tiada surat bebas covid

Menurut posting yang dimuat naik oleh CNN Indonesia di aplikasi Youtube, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa di Jayanti, Tangerang, Banten, pada hari Selasa lepas.

Difahamkan, wanita itu gagal menunjukkan surat bukti bebas Covid-19 semasa ingin meneruskan perjalanannya ke daerah Lampung.

Kehilangan pekerjaan

Disebabkan hal itu, pihak berkuasa telah menyuruh wanita tersebut untuk patah balik ke Jakarta. Namun, dia kemudian menangis di hadapan pegawai berkenaan.

Wanita itu juga meluahkan bahawa dia tidak mampu lagi melansungkan kehidupan di Jakarta kerana telah kehilangan pekerjaannya akibat pandemik Covid-19.

Merayu sambil menangis

Apa yang lebih memilukan apabila wanita itu memberitahu dia hanya ingin pulang ke kampung halaman sambil merayu kepada pihak berkuasa berkenaan. Sungguh sedih..

Oleh sebab ihsan dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu, anggota polis yang bertugas itu telah membenarkan wanita tersebut meneruskan perjalanannya ke kampung halaman.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet yang lain turut memuji sifat keprihatinan dan perikemanusian anggota polis berkenaan dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.