fbpx
Now Reading
Bukan Sekadar Kelab Penyokong Bola Sepak! MCSCM Anjur #CityzensMemberi, Program Infaq Ramadan Di Johor

Bukan Sekadar Kelab Penyokong Bola Sepak! MCSCM Anjur #CityzensMemberi, Program Infaq Ramadan Di Johor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Condong ditumpil, lemah dianduh. Begitulah ibaratnya kita sebagai masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain. Tambahan lagi, negara kita juga diuji dengan dugaan pandemik Covid 19 yang benar-benar menguji kita semua.

Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, walaupun berbeza dengan tahun sebelumnya, masih lagi ada mereka yang prihatin & mengambil berat tentang mereka yang kurang bernasib baik.

Kelab Penyokong Bola Sepak Manchester City Malaysia atau Manchester City Supporters Club Malaysia (MCSCM), sebuah badan NGO dan juga kelab penyokong rasmi yang diiktiraf oleh Manchester City di UK membuktikan mereka lain dari kelab penyokong yang lainnya apabila mengadakan inisiatif dengan menyampaikan bantuan di bulan Ramadan bersempena dengan program #CityzensMemberi Untuk Ramadan.

MCSCM yang diketuai oleh presidennya, Taleeb Mizad dengan sokongan dari beberapa jenama antarabangsa dan juga tempatan melaksanakan program Infaq Ramadan #CityzensMemberi dan telah menyampaikan 30 pek keperluan asas kepada 30 buah keluarga di 3 daerah berbeza di Johor iaitu di Muar, Tangkak dan Batu Pahat dalam masa setengah hari.

Perkara menarik yang ingin dibawa oleh presiden MCSCM kepada semua penyokong bola sepak di Malaysia adalah sifat kemanusiaan yang baik & nilai positif yang matang dari sudut perspektif sebagai seorang penyokong bola sepak dan juga sebagai satu kelab penyokong bola sepak yang bukan sahaja berada di belakang pasukan Manchester City, malahan dijadikan contoh sikap penyokong yang jauh dari kebencian & provokasi. Hanya minat pada bola sepak dan eratkan ukhwah & silaturahim.

Saya suka buat aktiviti memberi sumbangan sebab saya yakin bila kita memudahkan urusan org dan buat kebaikan, kita akan dibalas dgn kebaikan. Dan MCSCM ni sebagai peneraju utama kelab penyokong bola sepak yang ada sikap & sifat kemanusian yang baik, matang dan nilai positif yg baik.

Dan kita dapat sebarkan melalui tindakan, walk the talk. Moga asbab kebaikan ni, dapat berikan kemenangan pada kelab Manchester City di final UCL 29
Mei nant

Bola sepak sepatutnya menyatupadukan dan usaha memberikan sumbangan melalui program ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan dan teruji.

Usaha ini juga disokong oleh penaung MCSCM , Tuan Muhtar Suhaili yang juga merupakan CEO Malaysian Timber Council dan mendapat sokongan daripada Vely Vely Malaysia, The Magnetico Empire dan juga Lensa Kamera Production.

Untuk pengetahuan, MCSCM mempunyai 13 cawangan rasmi di seluruh Malaysia dan beberapa orang kenamaan turut ada dalam komuniti ini termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Zul Huzaimy, Radhi OAG, Luqman Haziq, Azri Rahman, Hilmy Ashley, & Jaly Skooloflawak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.