fbpx
Now Reading
“Jadi Sesumpah Raya Nanti” – Suami Pasrah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dinding Rumah

“Jadi Sesumpah Raya Nanti” – Suami Pasrah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dinding Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, sudah semestinya semua orang teruja dan melakukan banyak persiapan yang dah terlintas dalam fikiran seperti mencari baju raya, beli kuih raya dan menghias rumah.

Pakai sedondon bila raya

Bercakap mengenai baju raya, kebanyakan keluarga akan mencari baju sedondon atau baju yang sama warna supaya nampak lebih meriah dan seirama di pagi raya.

Tersalah beli warna baju raya

Akan tetapi, satu insiden lucu telah terjadi kepada keluarga wanita ini apabila dia tersalah membeli warna baju raya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang bernama @schamia11 ini, kelihatan suaminya seolah-olah merajuk dengan membelakangi kamera kerana si isteri tersalah beli warna baju raya.

Mana tak merajuk si suami apabila mendapati baju yang dibeli itu nampak seakan sama dengan warna dinding rumahnya.

Difahamkan, wanita itu mahu memberi kejutan dengan membeli baju raya yang berwarna hijau ‘mint’ dan tidak menyangka warna tersebut kelihatan sangat sama dengan dindingnya.

“Ok la ikut tema kan”

@schamia11

Ok laa ikut tema kan 🤣🤣🤣🤣##rayapkp2021 ##fyp ##fypシ ##tiktok

♬ Pejam Celik Hari Raya – iman

Nampak ‘hilang’ apabila dekat dengan dinding

Lebih melucukan apabila suaminya berdiri di hadapan dinding itu, dia dilihat seakan-akan camouflage dan ‘hilang’ kerana warna bajunya sangat serupa dengan dinding rumahnya. Hahaha kelakar!

Menerusi satu perkongsian dia turut menunjukkan beberapa lagi helai baju dipercayai milik anak-anak nya yang juga sama dengan warna baju mereka suami isteri.

@schamia11

Lagi 4 hari lagi gais, sanggup ke tak ni 🤣🤣🤣🤣 ##rayapkp2021 ##sedondon ##fypシ ##fy ##ecekeli

♬ original sound – 𝐿𝓎𝓃𝓃 𝓇𝑜𝓈𝒶𝓁𝒾𝓃𝒹𝒶

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di laman TikTok tersebut telah meraih 242.7K views, 16.4K likes dan 666 shares di TikTok.

Susulan itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah tersama warna dengan dinding rumah juga. Lucu!

“Baju hijau, cat rumah pun hijau”

“Tak perasan nanti dia ada dekat situ”

“Dah macam sesumpah”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.