Selepas Hampir Setahun Menanti, Clubhouse Versi Android Akhirnya Dilancarkan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas hampir setahun kekal menjadi aplikasi yang ekslusif untuk penguna iOS, nampaknya aplikasi perkongsian audio, Clubhouse yang semakin mendapat perhatian orang ramai akhirnya dilancarkan bagi pengguna Android.
Meskipun masih dalam versi beta, Clubhouse hari ini mula diperkenalkan kepada pengguna Android di Amerika Syarikat sebelum disusuli beberapa lagi negara dalam masa terdekat.
Pengguna disana sudah boleh melakukan pre-register pada aplikasi tersebut dimana ianya akan secara automatik dipasang sebaik ia mula tersedia untuk di muat turun.
Difahamkan untuk versi beta ini, pihak pembangun Clubhouse akan mengumpulkan feedback dari penggunanya di sana bagi membaiki sebarang masalah selain persediaan menambah sebarang fungsi baru antaranya method pembayaran dan banya lagi.
Namun begitu mereka akan terus mengekalkan konsep ‘atas jemputan’ untuk memuat turun aplikasi ini dimana mereka yang berminat untuk mengakses perlu ada jemputan dari daripada pengguna Clubhouse sedia ada, sama seperti yang diterapkan pada pengguna iOS.
Kehadiran aplikasi ini bagi pengguna Android dilihat begitu penting ketika ini memandangkan aplikasi besar seperti Facebook, sudah mula menghasilkan ciri perkongsian audio mereka sendiri dalam usaha menyaingi Clubhouse.
Malah Twitter sudah mengorak langkah awal dengan melancarkan Spaces beberapa bulan lalu dan sudah menjadi pesaing hebat buat aplikasi perkongsian audio tersebut.
Baca artikel berkaitan :