fbpx
Now Reading
Seluruh Keluarga Terpaksa Jalani Kuarantin, Pemuda Luah Rasa Terharu Jiran Tawar Bantuan Belikan Barang Keperluan

Seluruh Keluarga Terpaksa Jalani Kuarantin, Pemuda Luah Rasa Terharu Jiran Tawar Bantuan Belikan Barang Keperluan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan kadangkala jiran juga boleh menjadi insan yang banyak membantu kita dalam kehidupan seharian.

Bak kata pepatah “jiran sepakat membawa berkat”. Mempunyai jiran yang baik juga adalah suatu rezeki dimana mereka pasti akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan.

Jiran tawar bantuan

Begitulah yang dirasai oleh seorang pemuda di laman Twitter ini. Menerusi perkongsian dari akaun  yang bernama @danialshazimi, dia menceritakan kisah dimana jirannya menawarkan bantuan buat dirinya dan keluarga yang sedang menjalani tempoh kuarantin.

Difahamkan, Danial dan keluarganya dikuarantin kerana mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Kami just closed contact yang kena kuarantin pakai gelang pink tu tau. Bukan positive covid. Doakan kami serumah dijauhkan dan negative semuanya.”

Apa yang mengharukan adalah apabila jiran-jiran pemuda itu menawarkan bantuan seperti mendapatkan bekalan makanan dan bahan untuk memasak.

Foto: Twitter

Bukan seorang tetapi dua jiran

Foto: Twitter

Malah, bukan seorang jiran tetapi dua orang jiran yang menawarkan pertolongan tersebut.

“Terharu tau bila dapat jiran-jiran mcmni. Bukan satu rumah, tapi dua rumah yang nak bantu”

Tambahnya, dia tidak menyangka jiran-jirannya amat prihatin dan baik hati. Danial meluahkan rasa terharu dan meminta orang ramai mendoakan jirannya itu.

“Dua- dua yang nak bantu tu Chinese tau. Kami tak sangka jiran-jiran kami baik macam ni, ingatkan sekadar bertegur sapa dalam lif je. Doakan mereka dimurahkan rezeki”

Menjengah pada maklum balas di Tweet tersebut, rata-rata netizen terharu dengan tindakan jiran lelaki itu.

Malah, ada juga yang berkongsi kisah mereka sendiri tentang bagaimana rakan dan jiran menawarkan bantuan untuk membantu meringankan beban mereka.

Semoga cerita yang disampaikan ini dapat dijadikan inspirasi kepada orang ramai agar lebih prihatin dengan jiran sekeliling atau pun sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.