fbpx
Now Reading
Warga Emas Dakwa Diculik Makhluk Asing 52 Kali, Siap Tunjuk Kesan Lebam Sebagai Bukti

Warga Emas Dakwa Diculik Makhluk Asing 52 Kali, Siap Tunjuk Kesan Lebam Sebagai Bukti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang percaya tak dengan kewujudan makhluk asing? Yang paling penting, memang makhluk ni betul-betul pernah turun ke bumi ke? Kebiasaannya orang tak percaya dengan kewujudannya tapi ada juga yang anggap makhluk asing ni memang ada dan berasal dari planet lain.

Walaubagaimanapun, selalunya orang akan anggap cerita makhluk asing ini sebenarnya mitos. Kalau ada yang percaya pun mungkin golongan kanak-kanak.

Tapi di Bradford, England ada seorang warga emas wanita yang ‘claim’ dirinya pernah kena culik lebih 50 kali dengan makhluk asing. Yang menariknya, dia siap boleh membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

Foto: Daily Star

Paula Smith, 50 pertama kali terjumpa makhluk asing sewaktu dia masih kecil dan sejak daripada itu, dia telah mengalami 52 insiden paranormal pada tahun-tahun seterusnya.

Untuk memastikan dakwaannya dipercayai, dia berkongsi gambar lebam yang ditinggalkan oleh makhluk asing pada badannya sewaktu diculik. Dia juga telah melukis sebuah gambar makhluk asing berwarna perak untuk menunjukkan rupa paras mereka.

Foto: Daily Star
Foto: Daily Star

Tambahnya lagi, dia juga pernah berada di dalam UFO dan makhluk asing itu menunjukkannya teknologi yang tiada di bumi.

“Pertama kali saya terjumpa UFO adalah pada 1982. Kedua-dua tinggi dan lebarnya adalah lebih kurang 30 kaki.

“Menurut keluarga, saya telah hilang selama 4 jam tapi saya tak dapat ingat apa yang telah terjadi.

“Sejak daripada itu, pengalaman itu tak pernah terhenti. Saya telah diculik melalui tingkap bilik tidur dan katil saya. Saya tidak memberitahu sesiapa sebab mungkin dianggap gila.”

Foto: Daily Star

Dia turut percaya berkemungkinan ada yang mempunyai pengalaman yang sama sepertinya walaupun jumlahnya mungkin tak banyak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.