fbpx
Now Reading
“Harap Dato’ Dapat Buat Persembahan Di Grammy Awards…” – Zizan Razak Puji Vokal Aliff Syukri

“Harap Dato’ Dapat Buat Persembahan Di Grammy Awards…” – Zizan Razak Puji Vokal Aliff Syukri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tak kenal dengan ahli perniagaan, Dato’ Aliff Syukri kan? Wataknya yang bersahaja dan kejayaannya dalam setiap bisnes yang dipelopori sentiasa menjadi inspirasi ramai.

Sejak beberapa tahun yang lepas, Aliff Syukri dah mula berjinak-jinak dalam industri hiburan dan telah menghasilkan beberapa buah music video yang tak pernah lekang menjadi perbualan hangat netizen setiap kali ia dikeluarkan. Dan bersempena dengan hari raya yang bakal tiba, dia telah kembali dengan sebuah lagu raya bertajuk ‘Lala Raya’.

Aliff Syukri penyanyi nombor 1 negara

Dia juga tak sangka dengan sambutan luar biasa diberikan oleh para pendengar sehingga lagu itu trending nombor 1 di Malaysia.

Berkongsi keseronokannya di Instagram, rata-rata netizen memuji dan mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai. Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut telah memberi pujian atas bakat besarnya dalam bidang muzik.

“Ternyata dato’ penyanyi nombor 1 negara. Trending nombor 1 lagi. Vokal dato’ memang ala-ala penyanyi barat. Harap dato’ dapat buat persembahan di Grammy Awards lepas ni.”

Lagu Lala Raya adalah hasil ciptaan bersama Amy Ukays dan Datin Nur Shahida. Dan setakat ini music video tersebut telah mendapat lebih 1.7 juta kali tontonan sejak ia dimuatnaik pada 3 Mei lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.