fbpx

Ketahui Cara Tebus Rebat RM300 Peranti & RM180 Data Bagi Program Jaringan Prihatin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mungkin ada sesetengah dari kita masih belum belum tahu tentang Program Jaringan Prihatin B40 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 lalu.

Menerusi program tersebut, kerajaan telah mengemukakan bantuan sebanyak RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk orang ramai melanggan pelan data bulanan daripada syarikat telekomunikasi yang terpilih.

Antara telco yang terpilih tersebut adalah Celcom, Maxis, U Mobile, Digi, Tune Talk dan lain-lain.

Melalui Program Jaringan Prihatin ini, ia dikatakan dapat memberi manfaat golongan B40 yang memerlukan telefon pintar atau bantuan jalur lebar internet yang lebih banyak.

Difahamkan sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program berkenaan.

Mari semak kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini!

Foto: FB

Adakah anda layak memohon?

Semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah layak untuk menerima bantuan Program Jaringan Prihatin ini.

Berikut merupakan 2 kategori yang layak menerima bantuan berikut:

  • Mempunyai anak yang berumur kurang daripada 18 tahun : Bantuan RM300 untuk pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahunâ €
  • Tidak mempunyai anak: Bantuan RM180 untuk pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun

Orang ramai boleh mula mendaftar mulai 5 Mei hingga 31 Julai 2021.

Cara tebus bantuan

Ok, bagi mereka yang nak tak tahu cara tebus bantuan, jom lihat step dibawah!

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau melalui syarikat telekomunikasi.
  2. Jika anda layak, anda boleh terus mendaftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi pilihan anda. 
  3. Anda perlu tentukan pilihan anda sama ada pembelian peranti baru atau pembelian pelan data internet bulanan.
  4. Nikmati data percuma yang telah diluluskan.
Foto: FB

#1 Celcom

Klik sini untuk menebus.

#2 Maxis

Klik sini untuk menebus.

#3 Digi

Klik sini untuk menebus.

#4 U-mobile

Klik sini untuk menebus.

#5 Tune Talk

Klik sini untuk menebus.

#6 redONE

Klik sini untuk menebus.

#7 Unifi

Klik sini untuk menebus.

#8 Yoodo

Klik sini untuk menebus.

#9 YES

Klik sini untuk menebus.

Ayuh ramai-ramai, mohon sebelum terlambat!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.