fbpx
Now Reading
Niat Nak Bertanya Arah Jalan, Sekali Guard Ini Bagi Pickup Line Terus!

Niat Nak Bertanya Arah Jalan, Sekali Guard Ini Bagi Pickup Line Terus!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, penggunaan kata pikat atau ‘pick-up line’ sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun lalu.

Ramai yang suka menggunakannya kepada kenalan atau pun kawan-kawan sendiri untuk tujuan bergurau.

Guard bagi pickup line

Baru-baru ini, viral sebuah video tentang gelagat seorang pengawal keselamatan yang memberi pickup line kepada wanita yang bertanya arah jalan.

Tanya arah jalan

Menurut perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikTok, ia memaparkan beberapa wanita di dalam kereta yang bertanyakan arah jalan kepada seorang pengawal keselamatan lelaki yang bertugas di situ.

Selanjutnya, pengawal keselamatan itu kelihatan menjawab soalan itu dengan penuh sopan santun. Dia menerangkan arah kepada wanita berkenaan arah yang harus diikuti.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila guard lelaki itu membuat pickup line selepas selesai memberikan arah kepada mereka.

“Kitorang nak tanya jalan je”

@fadhlinnnn_

kitorang nak tanya jalan je

♬ original sound – fadhlinnnn

“Awak tahu apa beza awak dengan Ronaldo? Ronaldo pemain bola tapi awak bermain dalam fikiran saya,” Ujar pengawal keselamatan tersebut.

Gurauan pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Zameer itu membuatkan mereka semua tergelak terbahak-bahak. Mana tak nya, sudahlah jawab penuh sopan, kelakar pula tu!

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah menarik perhatian netizen itu meraih sehingga 1.3M views, 124.4K likes dan 4.6K shares di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen juga turut terhibur dan memuji sikap ramah pengawal keselamatan itu yang kelihatan tidak kekok dan mesra dengan orang awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.