fbpx
Now Reading
Pertama Kali Dalam Sejarah Yale University, Wanita Muslim Dilantik Sebagai Presiden Mahasiswa

Pertama Kali Dalam Sejarah Yale University, Wanita Muslim Dilantik Sebagai Presiden Mahasiswa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yale University yang merupakan antara universiti tertua di Amerika Syarikat telah melantik seorang Muslimah sebagai presiden mahasiswa.

Menurut laporan WFSB, Bayan Galal telah memenangi 52 peratus undian sebelum dinobatkan sebagai Presiden Majlis Kolej Yale menjadikannya Muslim pertama dalam sejarah 320 tahun memegang jawatan itu.

Foto: IG Bayan Galal

Galal berkata, sebagai seorang wanita Muslim,  semua ini dapat berlaku atas sokongan dan kepercayaan orang ramai terhadap dirinya. Dia turut berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dan memberi impak kepada badan mahasiswa Yale University.

Gadis itu menuntut jurusan double major dalam Biologi Molekul dan Urusan Global, dengan minor dalam Kajian Kesihatan Global.

Dalam kempennya sebelum ini, dia cuba menekankan agenda untuk menjadikan Yale University lebih sihat terutamanya pada zaman pandemik ini.

Foto: IG Bayan Galal

Antara lima prinsip kesihatan yang dipegang adalah kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan masyarakat, kesihatan akademik dan kesihatan kewangan.

Tambahnya lagi, dia telah bersedia dan teruja untuk menjalankan tugasnya sebagai presiden mahasiswa ‘research university’ itu.

Walaubagaimanapun, kakaknya, Ayah Galal juga pernah mencipta sejarah apabila berjaya menjadi wartawan wanita berhijab pertama di stesen televisyen Connecticut.

Foto: Twitter Ayah Galal

Pencapaian ini sudah semestinya sesuatu yang perlu dibanggakan untuk membuktikan setiap orang tanpa mengira agama mampu dan boleh menempa nama di mata masyarakat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.