Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari mengumumkan 10 syarikat telekomunikasi (Telco) akan menawarkan kemudahan panggilan percuma kepada pelanggan mereka bersempena dengan hari raya Aidilfitri.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah 10 Telco yang dimaksudkan adalah :
Celcom Digi Maxis REDtone TM Unifi TIME dotcom Tune Talk U Mobile Yoodo YES YTL
Penawaran ini disediakan selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing oleh setiap syarikat telekomunikasi.
Penawaran ini akan bermula pada malam raya, 10 malam12 Mei 2021 hingga 10 pagi 13 Mei 2021.
Carian kami setakat ini mendapati beberapa Telco sudahpun berkongsi mengenai penawaran tersebut kepada pelanggan mereka.