fbpx
Now Reading
Hanya Tinggal Sehari, Ini Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Hanya Tinggal Sehari, Ini Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedar tak sedar, kita sudahpun sampai ke penghujung ramadan. Esok seluruh negara bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Namun buat anda yang belum membayar zakat fitrah, ini bermakna anda hanya tinggal sehari sahaja lagi untuk menunaikan kewajipan tersebut.

Secara ringkasnya menurut laman PPZ MAIWP hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Manakala waktu nya juga terbahagi kepada tiga iaitu :

1.Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

2.Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

3.Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Memandangkan seluruh negara kini dibawah pelaksanaan PKP dalam mengekang penularan Covid-19 di dalam komuniti pasti sukar untuk anda membuat pembayaran bukan?

Jadi bagi mengelakkan anda terlepas sehingga masuk waktu haram, apa kata ikuti cara mudah dengan melakukannya secara online sahaja mengikut negeri masing-masing seperti yang kami kongsikan di bawah:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

#1 Pergi ke laman PPZ MAIWP atau tekan disini
#2 Isikan segala info diri anda
#3 Tekan Bayar

Selangor

#1 Pergi ke laman Zakat Selangor atau tekan disini
#2 Pilih ‘Bayar Zakat Anda’ pada ruangan Bayar Zakat Online
#3 Isi segala info diri diikuti kaedah pembayaran. Pastikan untuk memilih jenis zakat yang betul, iaitu Zakat Fitrah

Perlis

#1 Pergi ke laman MAIPS atau tekan disini
#2 Isi segala info diri dan pilih Zakat Fitrah
#3 Tekan ‘submit for payment’

Pulau Pinang

#1 Pergi ke laman Zakat Pulau Pinang atau tekan disini
#2 Klik pada butang ‘Log Masuk’. Daftar akaun untuk pengguna baru.
#3 Selesai mendaftar, log kembali laman tersebut
#4 Pilih jenis zakat

Kedah

#1 Masuk ke laman Zakat Kedah atau tekan disini
#2 Pilih amaun bayaran serta bilangan orang diikuti butang tambah
#3 Seterusnya, klik ‘bayar’

Perak

#1 Pergi ke laman e-zakat MAIAMP atau tekan disini
#2 Isi segala info diri
#3 Swipe ke bawah dan tekan ‘Bayar sekarang’

Melaka

#1 Pergi ke laman e-bayar Melaka atau tekan disini
#2 Daftar akaun untuk pengguna baru.
#3 Pilih bayaran secara terus
#4 Pilih agensi ‘Pusat Zakat Melaka’ dan jenis bil pembayaran ‘Zakat’
#5 Pilih zakat fitrah dan lengkap info yang diperlukan
#6 Terus lengkapkan pembayaran

Negeri Sembilan

#1 Tekan disini
#2 Lengkapkan segala maklumat diri
#3 Tekan ‘Bayar Melalui Perbankan Internet (FPX)’

Johor

#1 Pergi ke laman e-Maij atau tekan disini
#2 Log masuk jika anda mempunyai akaun/ Buat pengguna baharu, daftar akaun anda.
a. Masukkan no. mykad dan tekan semak no. kad pengenalan
b. Lengkapkan segala info diri hingga ke bahagian pengakuan. Sebaik selesai log masuk semula
#3 Pilih Bayar Zakat Fitrah dan lengkapkan pembayaran

Pahang

#1 Pergi ke laman Ebayt MUIWP atau tekan disini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan
#3 Tekan butang ‘Seterusnya Untuk Bayar’ dan lengkapkan pembayaran

Terengganu

#1 Pergi ke laman Ezakat MAIDAM atau tekan disini
#2 Lengkapkan segala info wajib yang diperlukan dan tekan seterusnya
#3 Info tadi akan dipaparkan, jika betul tekan seterusnya
#4 Buat pengesahan dan niat Zakat Fitrah

Kelantan

#1 Pergi ke laman E-Maik atau tekan disini
#2 Lengkapkan segala info diri dan tekan bayar

Sabah

#1 Pergi ke laman Apps Zakat Sabah atau tekan disini
#2 Log masuk atau pilih daftar untuk pengguna baharu diikuti butang log masuk semula.
#3 Pilih ‘FPX & MIGS’ 
#4 Tekan butan ‘Teruskan pembayaran’
#5 Pilih jenis Zakat iaitu Zakat fitrah dan lengkapkan segala info diri.
#6 Pilih ‘Internet Banking’ dan lengkapkan pembayaran

Sarawak

#1 Pergi ke laman Tabung Baitulmal Sarawak atau tekan disini
#2 Log masuk atau daftar akaun untuk pengguna baharu. Sebaik selesai mendaftar akaun, log masuk semula.
#3 Teruskan untuk pembayaran Zakat Fitrah

Foto : Harian Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.