fbpx
Now Reading
Lepas Beberapa Kali Disita, Kereta Kancil ‘Legend’ Kini Kembali Dengan Wajah Baru

Lepas Beberapa Kali Disita, Kereta Kancil ‘Legend’ Kini Kembali Dengan Wajah Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang ingat lagi tak Perodua Kancil ‘legend’ yang selalu dijumpai di serata Malaysia? Kereta itu telahpun disita oleh pihak berkuasa kerana keadaannya sangat teruk dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ramai juga berharap agar dia akan mendapat kereta baru yang lebih selamat untuk digunakan dan nampak gayanya harapan tersebut tercapai. Lelaki itu telah dijumpai memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning.

Menerusi WapCar, sebelum ini keretanya itu telah disita pada tahun 2019 dan kemudiannya disita sekali lagi pada tahun ini. 

Foto: TikTok Yazid Ismail

Walaubagaimanapun, lelaki itu nampaknya dah ada kereta baru dengan badan berwarna kuning dan bonet berwarna hitam.

Tetapi memeranjatkan kerana fizikal kereta itu kini nampak jauh lebih terjaga daripada apa yang kita pernah nampak sebelum ni. Sekurang-kurangnya kesemua pintu kereta itu sekarang dah boleh ditutup, cermin pun tak ada yang pecah.

Semoga lepas ni kereta Kancil kuning ni dah tak akan lalui hal yang sama macam sebelum ni. Kesianlah pula kalau asyik terpaksa disita kan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.