fbpx
Now Reading
“Melekat Weh!” – Nak Buat Kuih Keria Untuk Isteri Mengidam, Tetapi Akhirnya Jadi ‘Keria Upside Down’

“Melekat Weh!” – Nak Buat Kuih Keria Untuk Isteri Mengidam, Tetapi Akhirnya Jadi ‘Keria Upside Down’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak pernah tengok video resepi Khairul Aming kan? Resepi daripada beliau sememangnya menjadi pilihan sebagai sumber rujukan orang ramai terutamanya mereka yang baru mencuba sesuatu resepi.

Cuba resepi Khairul Aming

Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang suami ini mencuba resepi kuih keria daripada Khairul Aming dan hasilnya amat mengejutkan.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun bernama @izwndymohd, ia memaparkan seorang lelaki sedang membuat kuih keria.

Buat untuk isteri mengidam

Difahamkan, lelaki berkenaan melakukannya demi isterinya yang sedang mengidam.

Foto: TikTok

Pada awal pembuatan kuih tersebut, lelaki itu kelihatan sangat bersemangat dan dia turut memaklumkan bahawa dia tidak pernah membuat apa-apa kuih sebelum ini.

Malah, dia turut yakin kuih tersebut akan menjadi sehingga berkata boleh mengatasi donut yang dijual di J.Co Donut.

Foto: TikTok

‘Keria Upside Down

Akan tetapi, hasil setelah kuih tersebut siap amat memeranjatkan apabila kuih itu tidak menjadi sebaliknya melekat atas pinggan.

Malah, kuih yang dibuat itu juga tidak boleh diambil atau dijatuhkan walaupun lelaki itu sudah terbalikkan pinggan tersebut. Haha kelakar!

@izwndymohd

wife mengidam pulakkkk. INI SEMUA SALAH @khairulaming !!! 🤣

♬ original sound – Izwndy Mohd

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah mengundang dekah netizen tersebut telah meraih sehingga 232.9K views, 28.5K likes dah 690 shares di laman TikTok.

Meninjau ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu dan hasil kuihnya yang tidak menjadi tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.