
Sempat Beri Hadiah Pada Anak Murid 3 Jam Sebelum Terbunuh, Foto Lelaki Palestin Ini Cetus Hiba
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui konflik di Semenanjung Gaza membabitkan rakyat Palestin dan tentera Israel sudah sampai ke tahap kritikal.
Mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas Tentera Zionis menyerang rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al- Aqsa pada jumaat lalu, ia kemudiannya diikuti dengan serang balas dari tentera Hamas.
Konflik ini kemudian terus meruncing apabila Israel semalam bertindak membalas serangan udara sehingga menyebabkan 24 rakyat Palestin terkorban.
Diantara kesemua mangsa tersebut seorang dari mereka yang terkorban adalah Ibrahim Al-Shanbari.
Kisah kematian Ibrahim menjadi sohor di media sosial selepas tular sebuah foto memperlihatkan Allahyarham sedang mengagihkan hadiah kepada kanak-kanak dipercayai anak muridnya di dalam sebuah masjid.

Beri hadiah kerana muridnya berjaya hafal al-Quran
Ibrahim yang merupakan seorang guru difahamkan memberikan hadiah tersebut kerana anak-anak muridnya berjaya menghafal Al-Quran dan sebagai hadiah bersempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Namun bagai tertulis, guru yang berasal dari Utara Gaza itu menjadi syuhada 3 jam kemudiannya sewaktu waktu berbuka puasa.
التقطت اليوم صورة للفلسطيني إبراهيم الشنباري وهو يقوم بتوزيع هدايا العيد على طلابه الذين يحفظهم القرآن في المسجد.
— Screen Mix (@ScreenMix) May 10, 2021
إبراهيم استشهد بعد الصورة هذه بـ 3 ساعات. pic.twitter.com/PAvSngjVp2
Ibrahim al-Shanbari was amongst 24 #Palestinians killed in #Gaza last night by Israeli airstrikes. This is the last photo of Ibrahim distributing gifts to children memorising the #Quran hours before he was killed at #Iftar pic.twitter.com/yC9jNO0zF4
— §umaiya khan (@pathan_sumaya) May 11, 2021
Pemergian pemuda ini nyata mencetus hiba orang ramai dimana kebanyakan dari mereka dilihat meluahkan rasa sebak dan mendoakan keadaan kembali stabil di sana.