Video Majikan Rakam Sorok-Sorok Reaksi Staf Tak Dapat Balik Raya Undang Sebak Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seperti kita sedia maklum, kerajaan telah bersetuju akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.
Oleh yang demikian, ramai warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung pada hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Sudah tentu perasaan sedih bercampur kecewa menyelubungi invidividu yang tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung.
Pekerja sebak ketika jawab soalan
Seperti sebuah video yang telah dimuat naik oleh Chef Tako di laman Facebook ini, kelihatan beberapa orang pekerja sebak ketika menjawab soalan mengenai ibu bapa mereka di kampung.
Difahamkan, video tersebut telah dirakam secara senyap-senyap oleh majikan mereka.
Ditanya bila kali terakhir berkumpul
Dalam video itu, pekerja-pekerja tersebut ditanya mengenai ibu bapa mereka sehinggalah ke soalan berkaitan bilakah kali terakhir berkumpul bersama ibu bapa, ternyata mereka semua tidak dapat menahan sebak ketika menjawabnya.
Rata-rata mereka kelihatan amat sedih kerana tidak dapat pulang beraya dengan keluarga tercinta ekoran PKP yang telah dilaksanakan baru-baru ini.
Apatah lagi, ada diantara mereka yang sudah bertahun tidak pulang berjumpa ibu bapa akibat kekangan masa dan juga pandemik Covid-19.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mendoakan agar mereka dapat beraya dengan keluarga pada masa akan datang.
Semoga kita semua mengambil iktibar dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar dapat mengurangkan penularan Covid-19.
Umpama pelangi selepas hujan, kita berharap kehidupan di masa akan datang akan lebih baik dan lebih bahagia seperti sebelum pandemik.
Berikut komen-komen daripada warganet:
Tonton video penuh disini.