fbpx
Now Reading
Wanita Terpaksa Berhujan Jumpa Anak Di Sempadan Daerah, Siap Bekalkan Juadah Raya Cetus Hiba

Wanita Terpaksa Berhujan Jumpa Anak Di Sempadan Daerah, Siap Bekalkan Juadah Raya Cetus Hiba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari raya Aidilfitri tahun ini merupakan tahun kedua kita tak dapat pulang ke kampung halaman untuk mematuhi perintah PKP yang telah dikeluarkan. Ramai meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana berhari raya tanpa ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.

Namun untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini, kita terpaksalah akur dengan arahan yang diberikan walaupun masing-masing dilema dengan kehidupan yang dah berubah sama sekali di mana pergerakan pun disekat sejak adanya pandemik ini.

Pengorbanan seorang ibu buat anak

Perkongsian seorang pengguna TikTok @azyraazizy ini sangat menyentuh hati melihat ibunya berjalan dalam hujan untuk berjumpa dengan anaknya di sempadan daerah. 

@azyraazizy

yallah dapat tengok wajah ibu satu kenikmatan dunia 😭😭jauhkanlah penyakit d muka bumi ni yallah 🤲🏻🤲🏻

♬ original sound – #MBO#TM mukhtar – Teuku Mukhtar

Paling menyedihkan kerana ibunya siap membawa bekal makanan raya buatnya.

Pengorbanan seorang ibu buat anak. Siapkan makanan dan kuih raya untuk jumpa tengah-tengah sempadan. Maaf mak kita tak dapat beraya bersama tahun ni. Semoga mak diberi kesihatan yang baik, semoga kami anak beranak dapat kumpul kembali. Raut wajah seorang mak, kami faham mak sedih.

Video itu telah mendapat lebih 637 ribu kali tontonan dan mengundang sebak netizen. Rata-rata bersetuju bahawa kasih sayang ibu memang tiada tandingan. Ada juga yang telah berkongsi pengalaman yang sama.

Letak darjat ibu tinggi

Tekad sanggup hilang kerja untuk raya dengan mak

“Mama saya pun macam ni…”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.