fbpx
Now Reading
Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur, Kanak-Kanak Palestin Dikenalinya Masih Terpelihara

Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur, Kanak-Kanak Palestin Dikenalinya Masih Terpelihara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pergelutan yang berlaku berpuluh tahun lamanya antara rakyat Palestin dan juga tentera Israel bagai tiada kesudahan. Kekejaman zionis dalam menakluki bumi Palestin nyata telah mengorbankan banyak nyawa tanpa mengira umur.

Perkara ini mencetuskan kerisauan umat Islam dan penentang tentera Israel mengenai keselamatan rakyat Palestin yang terpaksa berdepan dengan apa jua tindakan kejam pada bila-bila masa sahaja.

Bersyukur kanak-kanak Palestin dikenalinya masih hidup

Hal ini dapat dikaitkan dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang khuatir dengan nasib mereka. Namun kerisauan itu terganti dengan rasa syukur kerana seorang kanak-kanak Palestin yang dikenalinya masih hidup dan terpelihara dari sebarang ancaman semenjak pertemuan terakhir mereka pada 2014.

Foto: Angkasawan

Menurut perkongsiannya di Instagram, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Ashaq itu kini juga sudah meningkat dewasa. Dia juga berkemungkinan menjadi pemuda yang akan mempertahankan Al-Aqsa.

“Pemuda ini bernama Ashaq. Berjumpa dengannya sewaktu dia masih kecil. Alhamdulillah dia masih hidup. Semoga Allah melindungi semua rakyat Palestin di saat-saat genting ini.”

Foto: Angkasawan

Ashaq selalu membantu

Meninjau ke ruangan komen, isterinya Dr Harlina Mohd Yunos dan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengenali Ashaq melalui lawatan mereka ke Palestin sebelum ini dan memuji kebaikannya.

Semoga Allah lindungi rakyat Palestin

Rata-rata netizen telah mendoakan keselamatan rakyat Palestin dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pemuda itu masih hidup walaupun telah berdepan dengan pelbagai ancaman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.