Now Reading
Kes Terus Meningkat, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Mangsa Covid-19

Kes Terus Meningkat, Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Mangsa Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin anda dan seluruh rakyat Malaysia tahu negara kita ketika ini sedang berdepan dengan gelombang keempat Covid-19.

Dengan jumlah kes positif yang tinggi mencecah lebih 3000 dan adanya angka kematian yang agak tinggi setiap hari, kerajaan kemudian melaksanakan kembali pelaksanaan PKP di seluruh negara sehingga 7 jun ini dalam mengekang penularannya didalam komuniti.

Terbaru, KKM menerusi akaun rasmi Twitter mereka memaklumkan Hospital Sungai Buloh yang merupakan salah sebuah hospital yang digunakan untuk merawat Covid-19 telah menyediakan  kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa COVID-19.

Malah enam dari 36 jumlah kematian yang dicatatkan semalam dilaporkan berlaku di sana.

Penyediaannya menunjukkan situasi semasa Covid-19 ini membebankan sistem kesihatan negara.

Menerusi perkongsian sama, mereka turut mendedahkan lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

“Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” menurut KKM.

Sebagai rekod semalam, semalam negara merekodkan 36 lagi kematian akibat penularan Covid-19, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu dalam negara terus meningkat kepada 1,902 kes.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.