Khairul Aming Bantu Rakyat Palestin, Beri Sumbangan 10 Ribu Dari Untung Sambal Nyet
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa sahaja yang tak kenal dengan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, seorang selebriti masakan yang popular dengan pelbagai video masakan.
Derma 10 ribu dari hasil jualan
Baru-baru ini, Khairul Aming memaklumkan di laman Twitter bahawa sebahagian hasil jualan Sambal Nyet akan disumbangkan kepada warga Palestin.
Kenyataan tersebut disampaikan oleh beliau ketika membuat posting mengenai waktu jualan Sambal Nyet dalam aplikasi Shopee.
Difahamkan, selebriti media sosial itu terasa terpanggil untuk memberikan sumbangan setelah melihat keadaan di Palestin yang tidak henti diserang oleh pihak Zionis.
RM10k dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin. Diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana.
Turut menunjukkan bukti resit
Selain itu, Khairul Aming dilihat turut memuat naik gambar resit yang tertera RM10,000 sebagai bukti sumbangan beliau melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih sehingga 10.5K retweets dengan 21.1K likes daripada pengguna-pengguna di Twitter.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji usaha murni Khairul Aming yang tidak lupa untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.
Bahkan, ramai yang turut mendoakan agar Khairul Amingdimurahkan rezeki dan bersyukur apabila hasil pembelian mereka didermakan untuk tujuan kebaikan.
Berikut merupakan komen warganet: