fbpx
Now Reading
Lancar Jualan Amal ‘Facemask For Palestine’, Jovian Berjaya Raih 200K Dalam 12 Jam

Lancar Jualan Amal ‘Facemask For Palestine’, Jovian Berjaya Raih 200K Dalam 12 Jam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini, personaliti media sosial, Khairul Aming telah mendermakan untung hasil jualan ‘Sambal Nyet’ ke dalam tabung amal Palestin.

Jovian Mask for Palestine

Foto: IG

Terbaru, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie telah melancarkan pengumpulan dana melalui penjualan pelitup muka eksklusif dengan empat reka bentuk bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat di negara tersebut.

Foto: IG

100% Untung Ke Palestin

Menurut beliau, kesemua untung daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman rejim Zionis.

Difahamkan, hanya dalam satu jam jualan tersebut dilancarkan, ia telah berjaya meraih sebanyak RM65,720!

Foto: IG

I WANT TO CRY! Hanya Allah yang akan balas semua kebaikan anda semua.

Malah, Jovian turut memaklumkan di posting terbarunya bahawa 4500 unit pelitup muka telah terjual dan dia berjaya meraih dana sebanyak RM213,005.

Namun begitu, beliau memberitahu tempahan ‘face mask’ tersebut telah ditutup dan akan membuka slot lagi pada masa akan datang.

Foto: IG

Niat hati buka pre-order untuk sebulan nak habiskan order. Rupa-rupanya in just 12hours dah habis! MasyaAllah. YOU GUYS ARE AMAZING, GOD BLESS YOU!

Jazakallah Khairon! 4500units SOLD with RM213,005.00 collected in less than 12hours! MALAYSIA, you guys are amazing, may Allah shower all donors His blessings upon you

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk membeli pelitup muka tersebut dan ramai juga yang memuji tindakan Jovian yang bermurah hati untuk membantu rakyat di Palestin.

Semoga dapat member manfaat

Semoga usaha murni semua pihak yang terlibat dapat memberi manfaat kepada warga Palestin dan juga dapat menjadi asbab untuk diri sendiri agar memperoleh pengampunan dari Allah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.