
Gelagat Lelaki Ini Bagi Tips Mudah Bersihkan Sudut Lantai Buat Ramai Terhibur
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sesetengah daripada pengguna TikTok mungkin sudah familiar dengan video-video dariu TikTok Star, @Khaby.Lame yang sering menjadi berkongsi tips menyelesaikan masalah dengan mudah.
Terbaru menerusi satu video yang dikongsikan lelaki dengan pengikut sebanyak 50 juta tersebut, Khaby telah berkongsi video tips mudah untuk membersihkan lantai menggunakan vakum
Guna straw untuk vakum
Sama seperti video-video lainnya, Khaby pasti akan berkongsi satu video dari orang lain dahulu sebelum dia menunjukkan tekniknya.
Menerusi video tersebut, individu itu dilihat cuba membersihkan bahagian yang sukar, iaitu di sudut lantai. Jadi, bagi menyempurnakan tugasnya individu tersebut telah menyambungkan segenggam penyedut minuman yang telah diikat ke hos vakum untuk menyedut habuk di kawasan tersebut.
Menerusi video sama, Khaby kemudian turut mengajar cara yang lebih mudah untuk menyedut habuk di sudut bahagian sukar tersebut iaitu hanya dengan mengubah arah vakum tersebut ke sudut yang lebih sesuai.
Ternyata, cara mudah yang dilakukannya juga mampu membuatkan habuk yang terkumpul di bucu itu mudah disedut ke dalam vakum.
Maka, masalah habuk di bahagian sukar di dalam rumah telah dibersihkan dengan mudah!
Raih lebih 80 juta tontonan
@khaby.lame Qualsiasi lavoro fai, devi sempre pulire, ma con semplicità. 😆Every job you have,just keeping everything tidy,but with simplicity.#learnfromkhaby
♬ suono originale – Khabane lame
Sehingga artikel ini ditulis,video tersebut telah berjaya meraih sehingga 82 juta views, 10.8K likes dan 51.9K shares sungguhpun ia kelihatan sangat ringkas.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata ramai yang terhibur dengan ‘tips’ yang dikongsikan lelaki ini dan menganggap dia sebagai ‘problem solver’ kepada segala masalah.


