“Kalau Azan Boleh Terus Buka Dan Solat.” – Gadis ‘Transform’ Telekung Jadi Baju Raya Undang Dekah Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari raya Aidilfitri pada tahun ini kebanyakannya disambut secara sederhana. Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikeluarkan di mana tiada sebarang pergerakan merentas daerah dan negeri serta larangan kunjungan rumah ke rumah telah sedikit sebanyak mengubah cara kita berhari raya.
Walaupun begitu, masih ramai juga yang tak melepaskan peluang menyambut perayaan setahun sekali ini dengan membeli baju raya baru dan melakukan persiapan seperti biasa.
Baju raya 2-in-1
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang gadis telah menunjukkan kelainan baju rayanya pada tahun ini di mana memang lain daripada yang lain.
@aishahsazali2 Apa dapat pendapat korang ##rayapkp2021 ##bajuraya2021 ##mukafemes
♬ original sound – AishahSazali
Menerusi perkongsiannya di TikTok @aishahsazali2, dia berdiri di hadapan cermin sambil merakam dirinya menggunakan telefon bimbit.
Dia telah menunjukkan baju rayanya berwarna ‘maroon’ yang dikatakan sangat cantik dan kemas.
Yang menghiburkan apabila dia membuka tudung yang dipakai sebelum mengatakan baju raya itu boleh digunakan untuk solat. Padahal sebenarnya ‘baju raya’ itu adalah telekung.
Boleh digayakan dengan tali pinggang
Tak terhenti di situ, dia juga telah berkongsi cara untuk menggayakan baju raya itu dengan tali pinggang menerusi videonya yang lain. Tambahnya tudung yang dipakai juga boleh digunakan sebagai sejadah sewaktu ‘emergency’.
@aishahsazali2 Reply to @eleli27 okay tak? Kita Matchkan dengan belt sikit
♬ original sound – AishahSazali
Puji idea kreatif
Perkongsian bersahaja itu ternyata telah mengundang dekah netizen. Ada yang memuji idea kreatif itu manakala ada juga yang terpedaya di awal video menganggap ia memang baju kurung.