fbpx
Now Reading
Sakan Tayang Aksi Berbahaya Di Pagi Raya, Penunggang RXZ Akhirnya Ditahan [Video]

Sakan Tayang Aksi Berbahaya Di Pagi Raya, Penunggang RXZ Akhirnya Ditahan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun tahun ini kita sekali lagi beraya di dalam tempoh PKP, ia tidak bermakna orang kita tidak dapat menyambutnya.

Malah ada sahaja cara mereka untuk memastikan hari raya Aidilfitri mereka kekal meriah dan ceria dengan melakukan aktiviti video call dengan sanak saudara yang jauh dan tidak kurang juga yang menghabiskan raya pertama di pusat beli belah.

Namun seorang pemuda ini dilihat sedikit berbeza apabila berkongsi suasana hari rayanya yang ‘extreme’ dengan menunggang motosikalnya jenis RXZ secara berbahaya di atas jalanraya yang lengang disebabkan pelaksanaan PKP.

Lebih mencuri tumpuan apabila dia dilihat langsung tidak mengenakan helmet meskipun jelas berada di atas lebuhraya bertingkat dipercayai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Namun aktivitinya itu bagaimanapun akhirnya berjaya dikesan pihak berkuasa. Menerusi satu posting yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Tengku Luqmanul, penunggang motosikal tersebut akhirnya berjaya di kesan dan sudah ditahan pihak berkuasa.

Menerusi foto yang turut dikongsi, motosikal terbabit dipercayai disita di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Ramai yang berpendapat penunggang tersebut pasti berdepan jumlah kompaun yang tinggi memandangkan dia telah melakukan beberapa kesalahan trafik seperti tidak memakai topi keledar, menungang motosikal tanpa nombor plat, modifikasi ekzos melampau, juga kesalahan melanggar PKP iaitu tidak mengenakan pelitup muka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.