fbpx
Now Reading
Tetap Sebut ‘Alhamdulillah’, Kanak-Kanak Palestin Cerita Detik Rumah Hancur Dibom

Tetap Sebut ‘Alhamdulillah’, Kanak-Kanak Palestin Cerita Detik Rumah Hancur Dibom

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui rakyat Palestin masih diserang bertubi-tubi oleh rejim Israel. Baru- baru ini, viral sebuah video seorang kanak-kanak Palestin di laman Twitter.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh JatIkhwan di aplikasi tersebut, ia memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menceritakan  detik-detik rumahnya dibom oleh Israel.

Berada dalam rumah semasa dibom

Difahamkan kanak-kanak tersebut sedang berada di dalam rumah dengan keluarganya ketika kejadian berlaku.

Malah, lebih meruntun jiwa apabila dia masih menyebut ‘Alhamdullilah’ ketika menjawab soalan tentang serangan itu. Ternyata, jiwa kanak-kanak Palestin sangat besar dan kuat walaupun masih kecil.

Tingkap pecah, rumah hancur

Selanjutnya, dia turut memaklumkan bahawa tingkap rumahnya pecah dan tiada apa pun yang tinggal selepas dibom. Tambahnya, dia turut berasa takut semasa ia berlaku.

“Saya takut kerana saya masih kecil.”

Waktu rumah saya kena bom, habis semua tingkap pecah dan hancur. Tak ada apa pun yang tinggal.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah mendapat perhatian ramai itu meraih sehingga 44.4K views, 4.5 retweets dan 4.1 likes daripada warganet.

Menjengah ke ruangan balas pula, rata-rata netizen memberi sokongan dan mendoakan keselamatan warga Palestin.

Salute dengan kecekalan dia

Bahkan, ramai juga yang memuji kecekalan kanak-kanak perempuan tersebut.

Semoga rakyat Palestin akan mendapat perlindungan daripada kezaliman rejim Israel dan pencerobohan haram Israel ke atas negara Palestin segera berakhir.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.