fbpx
Now Reading
“Allah Nampak Kalau Tipu.” – Rider Makanan Berang Pelanggan Guna Nama Tuhan Masa ‘Order’

“Allah Nampak Kalau Tipu.” – Rider Makanan Berang Pelanggan Guna Nama Tuhan Masa ‘Order’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini sering tular di media sosial pelanggan meninggalkan mesej menggunakan nama tuhan khususnya melalui pesanan yang dibuat kepada penghantar makanan. Pada mulanya perkara ini memang nampak lawak, tapi memang tak patut lah kalau ramai-ramai gunakan taktik yang sama untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri.

Tambah pula kalau pelanggan minta sesuatu yang bukan-bukan, siapa yang tak marah kan?

Hal ini dapat dikaitkan dengan seorang penghantar makanan yang berang dengan sikap pelanggan menggunakan nama tuhan sewaktu membuat pesanan.

Jangan suka hati main nama tuhan

Melalui perkongsiannya di Facebook Azyz’s Ahmad, dia telah meluahkan rasa marahnya terhadap pelanggan yang tanpa rasa serba salah meninggalkan pesanan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pelanggan itu siap menggunakan nama ‘Allah’ semata-mata untuk memastikan permintaannya itu dipenuhi.

“Bila orang order guna apps Foodpanda, kakak/abang/makcik/pakcik jangan suka-suka hati nak main nama Allah masa order ya. Memang tuhan nampak, saya tak pertikaikan benda tu. Dalam apps Foodpanda je pun bagi lah instruction bagus-bagus, ni nak guna nama Allah pulak. Ingat kami ni robot ke nak ikut 100% apa yang awak minta. KFC pun ada prosedur dia sendiri memang bagi ikut sukatan. Bukan kedekut tapi memang prosedur dia macam tu. Nak cheese lebih? Add on lah cheese tu.”

Tak dapat penuhi permintaan

Tambahnya lagi, dia cuma seorang penghantar makanan jadi dia tidak dapat memenuhi permintaan yang diterima menerusi aplikasi penghantaran makanan itu.

“Kami rider Foodpanda ni pun tukang hantar je. Nama sebut nama tuhan bagai. Solat tu penuh ke tidak? Tuhan nampak tau. Jangan nak main-main nama tuhan bila order ya?”

Semoga lepas ni janganlah buat pesanan yang bukan-bukan dan elakkan daripada pentingkan diri sendiri. Kan lagi baik kalau kita permudahkan urusan orang lain?

Kredit Foto: Malaysia Kini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.