fbpx
Now Reading
Detik Cemas Pencakar Langit China Bergegar, Orang Ramai Bertempiaran Selamatkan Diri [Video]

Detik Cemas Pencakar Langit China Bergegar, Orang Ramai Bertempiaran Selamatkan Diri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah bangunan pencakar langit di Shenzhen, China mula bergegar secara tiba-tiba dan orang ramai terpaksa mengosongkan kawasan itu, semalam.

Menurut laporan South China Morning Post, Biro Pengurusan Kecemasan Shenzhen berkata SEG Plaza telah bergegar dan kejadian ini masih di bawah siasatan.

Bangunan yang berketinggian 79 tingkat berusia 20 tahun ini adalah hampir sama dengan Empire State Building di New York.

Semasa gegaran berlaku, tiada sebarang gempa bumi yang terjadi pada jam 1:50 petang waktu tempatan. Angin kelajuan di Shenzhen pula hanyalah sekitar 27km/jam, jadi ia memang mustahil boleh menyebabkan gegaran bangunan itu.

SEG Plaza adalah bangunan kelima tertinggi di ‘boomtown’ China dan terletak di Huaqiangbei, gergasi perkakasan elektronik terbesar di dunia.

Walaubagaimanapun, Lu Xianjin, seorang ketua jurutera di China Construction Science and Industry Corp. berkata bahawa gegaran itu berkemungkinan besar disebabkan oleh efek gema.

Setakat ini, tiada laporan yang melibatkan mangsa, kecederaan dan juga kerugian harta benda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.