Lama Berseteru , Twitter Jadi ‘Medan Perang’ Telegram & Whatsapp
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan dua aplikasi perbualan yang sering digunakan orang ramai tidak lain tidak bukan iaitu Whatsapp dan Telegram.
Namun memandangkan kedua aplikasi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, ramai yang memilih untuk menggunakan keduanya-dua dalam melancarkan tugasan harian.
Namun minggu lalu perseteruan mereka bertukar menjadi ‘perang’ di Twitter apabila masing masing cuba membuktikan privasi mereka adalah terbaik berbanding pesaing.
Semuanya bermula selepas Telegeri memuat naik satu foto dengan menjadikan WhatsApp sebagai ikon tong sampah untuk tahun 2021.
Tidak berdiam diri Whatsapp keesokan harinya kemudian membalas ciapan tersebut dengan menulis : ‘Telegram admin: “…and what people dont know is we’re not end-to-end encrypted by default ‘
Perang tersebut kemudian berterusan apabila Telegram sekali lagi mendakwa Whatsapp sering menipu dal hal membabitkan privasi penggunanya. Mereka turut berkongsi satu paparan screenshot yang dipercayai milik seorang pengguna Whatsapp.
“Talk to the screenshot”
.@WhatsApp Our users know how things work, and have the open source apps to PROVE it. You… talk to the screenshot 🤚 it says you’re lying. pic.twitter.com/aSUotBGWh0
— Telegram Messenger (@telegram) May 15, 2021
Perkelahian tersebut menarik perhatian netizen khususnya penggemar dunia teknologi. Ada yang bersetuju dengan dakwaan telegram dan ada yang dilihat bersetuju bahawa whatsapp sebenarnya selamat.
Malah ada yang berpendapat enkripsi mesej yang dilakukan di Whatsapp hanya boleh dibuka sekiranya Google dan Apple mempunyai ‘kunci’ nya yang disifatkan mustahil.
Jadi bagaimana dengan anda? Yang mana menjadi pilihan? Whatsapp atau Telegram?