Now Reading
Memboikot McDonald’s Tak Membantu Palestin, Ini Cara Boikot Yang Lebih Efektif

Memboikot McDonald’s Tak Membantu Palestin, Ini Cara Boikot Yang Lebih Efektif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan tragedi pengeboman yang sedang berlaku di antara Israel dan Palestin, ramai dari kita di Malaysia tertanya-tanya bagaimanakan cara untuk membantu rakyat Palestin yang jauh disana.

Jalankan aktiviti boikot

Foto; MyCARE

Memandangkan faktor jarak dan politik dunia, antara salah cara memberikan sokongan adalah dengan menderma dan mendoakan mereka. Tidak kurang juga yang turut melancarkan kempen boikot pada mana-mana pihak atau produk yang terlibat dengan Israel.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila rakyat Malaysia sekali lagi mencadangkan untuk memboikot rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.

McDonald nafi salur bantuan ke Israel

Namun begitu, McDonald’s Malaysia telah menolak tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa McDonalds’s Malaysia tidak menyalurkan apa-apa bentuk bantuan kepada Israel.

Bahkan, merekamenyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu pembohongan dan fitnah semata-mata.

Foto; KL Foodie

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, menjelaskan bahawa McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya oleh Reza Group Arab Saudi  dengan rakan niaga tempatan sejak 2017. Ia secara tidak langsung menjadikan syarikat itu dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam.

Menurutnya, sebagai syarikat tempatan juga McDonald’s Malaysia tidak akan menyumbang, menyokong atau terlibat dalam konflik politik atau agama di mana-mana negara.

Apa itu BDS Malaysia?

Tahukah anda? Boikot, Divestment, Sanctions (BDS) adalah gerakan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan yang dipimpin oleh Palestin. BDS menegaskan prinsip sederhana bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak yang sama dengan manusia lain

Foto: Socialism

Difahamkan, kempen BDS adalah berkesan dimana ianya dilakukan berdasarkan kajian yang tepat. Namun banyak maklumat dalam talian yang mendakwa bahawa syarikat besar memberikan wang kepada Israel sedangkan ia adalah sebaliknya.

Starbucks juga tidak salur bantuan ke Israel

Contohnya, desas-desus mengenai kempen meminta untuk memboikot Starbucks. Akan tetapi, Starbucks tidak mempunyai mana-mana kedai di Israel dan secara rasmi mengesahkan bahawa ia tidak menyokong Israel.

Foto: Trip Advisor

BNC seru boikot syarikat Israel

Sehubungan itu, Jawatankuasa Nasional BDS Palestin (BNC) turut menyeru untuk memboikot syarikat Israel dan antarabangsa yang terlibat dalam pelanggaran hak-hak Palestin.

Dikatakan hampir seluruh syarikat Israel terlibat dalam sistem penjajahan dan apartheid Israel, namun  BNC memfokuskan boikot mereka pada sesetengah produk dan syarikat yang memainkan peranan yang terang dan secara langsung dalam kekejaman Israel untuk memberi kesan maksimum.

Foto: NST

Tujuan memboikot itu adalah untuk mempengaruhi peruncit di seluruh dunia untuk berhenti menjual produk dari syarikat yang mendapat keuntungan dari Israel.

Senarai produk dan syarikat untuk boikot

Menurut BDS untuk mereka yang bercadang untuk melancarkan boikot anda syarikat yang sepatunya ada didalam senarai yang dikeluarkan BDS Global Movement iaitu syarikat di bawah :

  • Hewlett Packard (HP)
  • PUMA
  • G4S (perkhidmatan yang digunakan secara meluas di Malaysia)
  • US Caterpillar (diedarkan oleh Sime Darby Industrial)
  • Industri Berat Hyundai
  • Ahava (Produk Kosmetik Israeli yang dijual di Lazada dan Shoppee)
  • Produk AXA
  • Airbnb

Kik sini untuk menyumbangkan wang bagi membiayai aktiviti memboikot Israel.

Klik sini untuk mengirim wang secara terus bagi membantu rakyat Palestin yang menderita di Gaza melalui MyCARE.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.