Sedekah ‘Duit Raya’ Kepada Pekerja Pasaraya, Netizen Kagum Dengan Sikap Pemurah Anas Zahrin
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Memberi sedekah kepada orang lain terutamanya golongan yang memerlukan merupakan suatu amalan yang mulia.
Apatah lagi, dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, mungkin ramai di luar sana yang terkesan dari segi pendapatan untuk kelangsungan hidup.
Sedekah ‘duit raya’ kepada pekerja asing
Menerusi video yang dimuat naik melalui reels usahawan kosmetik, Anas Zahrin. Beliau dilihat telah memberikan sedikit sumbangan kepada seorang pekerja pasaraya.
Dalam video berkenaan, difahamkan Anas baru selesai membeli barangan dapur di sebuah pasar raya dan berjalan menuju ke kereta.
Rajin tolong tolak troli sampai kereta
Menurut Anas melalui kapsyen posting tersebut, pekerja asing itu sering membantunya dengan menawarkan diri untuk menolak troli barangan sehingga ke kereta. Baik kan?
Anas kemudian memberi sedikit wang ringgit sambil mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada pekerja lelaki tersebut.
Keikhlasan memberi lebih penting
Tambahnya, nilai wang yang diberikan tersebut bukanlah perkara utama tetapi keikhlasan untuk memberi itu yang penting.
“Nilai tu jatuh nombor dua tapi keikhlasan tu penting. Lagi-lagi yang menerima tu senyum, nampak kebahagiaan terpancar”
“Budi yang baik, inshAllah Allah balas dengan 1001 kebaikan”
Ramai kagum dan terharu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai pengikut di akaun Instagramnya terharu dan mengagumi sikap Anas dan menjadikannya sebagai inspirasi.
Semoga perkongsian seperti ini dapat dijadikan contoh dan membuka mata orang ramai di luar sana untuk lebih banyak bersedekah dan membuat kebaikan.