fbpx
Now Reading
CCTV Rakam Insiden Kanak-Kanak Perempuan Hampir Diculik Semasa Tunggu Bas Sendirian

CCTV Rakam Insiden Kanak-Kanak Perempuan Hampir Diculik Semasa Tunggu Bas Sendirian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, membiarkan kanak-kanak bermain di kawasan awam juga tidak lagi selamat apabila terdapat individu yang berani untuk melakukan cubaan menculik.

Itu yang dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang hampir menjadi mangsa culik seorang lelaki di Pensacola, Florida pada pagi Selasa lalu.

Tunggu bas seorang diri

Menurut laporan Fox32Chicago, rakaman CCTV memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menunggu bas sendirian sekitar 7 pagi di kawasan berhampiran tempat henti bas.

Namun tiba-tiba, sebuah kenderaan berwarna putih berhenti di tepi jalan yang berhampiran sebelum seorang lelaki dilihat keluar daripada sebuah kenderaan berwarna putih.

Suspek cuba tarik mangsa ke kereta

Selepas itu, lelaki tersebut kelihatan berlari ke arah kanak-kanak perempuan yang sedang bermain permainan ‘blue slime’ itu dan cuba untuk menariknya ke dalam kereta.

Difahamkan, kanak-kanak itu berjaya meloloskan diri daripada diculik oleh lelaki yang turut dikatakan membawa pisau ketika cuba melakukan perbuatan jenayah itu.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah  berjaya menahan suspek dan mengesan kereta yang digunakan dimana ia telah dicat semula dipercayai untuk mengelak dari dikesan.

Ada kesan ‘blue slime’ di lengan suspek

Ketika suspek ditahan, dikhabarkan suspek masih terdapat kesan lendiran ‘blue slime’ di lengannya yang dipercayai disapu oleh mangsa yang ketika cubaan menculiknya.

Mangsa pernah mengadu kepada pengetua

Menurut portal tersebut, dua minggu sebelum insiden tersebut mangsa ada memberitahu pengetuanya bahawa seorang lelaki dengan kenderaan putih telah berhenti di perhentian bas dan bercakap dengannya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat disahkan lagi sama ada suspek yang ditahan merupakan individu yang sama atau sebaliknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.