Hadir Ke Mahkamah Untuk Prosiding, Netizen Dakwa Neelofa Tak Pakai Mask

Sejak pagi ini nama pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya PU Riz hangat diperkatakan selepas kedua mereka dihadapkan ke mahkamah berhubung isu pelanggaran SOP sewaktu merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan pada 2 Mei yang lalu.

Neelofa atau nama betulnya Noor Neelofa Md Noor 32, dan PU Riz atau Muhammad Haris atau PU Riz, 26, yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Majistret kemudianmembenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula kes pada 4 jun.

Pakai Niqab tapi bentuk muka jelas kelihatan

Namun disebalik berita tersebut, beberapa foto pasangan berkenaan yang diambil jurugambar Malaysia Gazette, Affan Fauzi telah mencuri perhatian orang ramai dimana Neelofa yang mengenakan niqab jelas menampakkan bentuk beberapa bahagian di mukanya iaitu di mulut dan hidung.

Foto yang menimbulkan tanda tanya orang ramai Foto : MalaysiaGazette/ Affan Fauzi

Foto tersebut menimbulan persoalan orang ramai seolah-olah Neelofa tidak mengenakan face mask di sebalik niqabnya.

Sekiranya ia betul terjadi, mereka mendakwa Neelofa sekali lagi telah melanggar SOP yang digariskan MKN.

“Lofa tu macam tak pakai ‘facemask’ jer tu…” kata seorang pengguna Facebook.

“Neelofa pergi mahkamah tak pakai face mask. Okeh done komen.” kata seorang pengguna juga

“Pakai purdah dah tak perlu pakai mask ek? Dulu macam menteri/DG kata pakai pudah pun kena pakai ‘mask'” kata seorang pengguna lagi.

Perkara sama turut dibangkitkan netizen di laman Twitter.

DG Hisham nasihatkan wanita berpudah perlu pakai face mask

Hasil carian kami, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan wanita yang mengenakan purdah dan niqab dinasihatkan perlu memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19

“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya dipetik dalam satu sidang media pada 22 Oktober 2020.

Kami kemudian menghubungi talian hotline MKN dan jawapan yang diterima ialah semua orang perlu mengenakan pelitup muka meskipun mengenakan niqab.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan penjelasan dari Neelofa sendiri. Pakai atau tidak hanya dia yang boleh menjawabnya. Dengan statusnya sebagai seorang usahawan tudung tidak mustahil dia mampu menghasilkan kain niqab ‘custom’ yang terdiri dari kain yang yang mempunyai tiga lapisan fabrik seumpama face mask.

Foto : MalaysiaGazette/

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

50 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 hour ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

6 hours ago