Rindu Tiada Penghujung, Wanita Bawa Anak Photoshoot Raya Dengan Potret Arwah Suami
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali tibanya raya, kebiasaannya ahli keluarga pasti akan berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan selain daripada kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri hanya datang setahun sekali.
Tapi situasi ini berbeza buat seorang wanita tabah yang sekadar mengambil gambar raya bersama potret suaminya yang telah pergi menghadap ilahi.
“Al-Fatihah Papa”
Menerusi video yang dikongsinya sendiri di TikTok @lyssasham84, wanita yang turut dikenali sebagai Umi Lyssa telah menunjukkan beberapa keping gambar menerusi sesi ‘photoshoot’ yang dibuat bersama tiga orang anaknya dengan lengkap berbaju raya warna hijau.
@lyssasham84 Al-Fatihah Papa❤️Arwah Mohd Zulhisham❤️##SiAnakYatim ##fypシ ##fyp ##TahunKetigaBerayaTanpaPapa ##tiktok ##videoviralitiktok ##fypシ゚viral ##MogaKuatAnak2Mummy
♬ Ayah – Laoneis
@lyssasham84 ##fypシ゚viral ##videoviralitiktok ##mogatenangdisana🤲🤲 ##kesayanganduniaakhirat ##MogaBertemuDisyurga ##fyppppppppppppppppppppppp ##fyp ##fypsounds##alfatihah
♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾
Menyedihkan apabila dia siap membawa potret dan uniform tentera arwah suaminya yang telah ‘pergi’ tiga tahun lalu.
Walaupun suami tercinta sudah tiada di sisi, tetapi Umi dan anak-anaknya tetap tersenyum bahagia demi mendapatkan gambar sebagai kenangan bersama.
Perkongsian ini nyata telah mengundang sebak netizen. Ada juga yang mengenali arwah suaminya yang difahamkan tak pernah kedekut ilmu sewaktu menjadi seorang jurulatih ketenteraan.