fbpx
Now Reading
Kenapa Ada Orang Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah Meski Ada Bukti Jelas Seperti Video? Ini Penjelasan Peguam

Kenapa Ada Orang Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah Meski Ada Bukti Jelas Seperti Video? Ini Penjelasan Peguam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini media sosial hangat memperkatakan mengenai satu pasangan selebriti yang membuat pengakuan ‘tidak bersalah’ sewaktu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan mengingkari SOP sewaktu merentas negeri ke ke sebuah nengeri di selatan tanah air pada awal Mei yang lalu.

Ekoran dari itu, ramai netizen yang mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berhubung tindakan pasangan berkenaan seolah ‘lepas tangan’ dan ‘menafikan’ tuduhan tersebut sedangkan pada mereka semua telah jelas terbukti yang pasangan selebriti tersebut melakukan kesalahan dengan adanya bukti berbentuk foto dan video yang tular tempoh hari.

Persoalannya kenapa? Adakah mereka memang sengaja untuk menafikan kesalahan mereka seperti dakwaan orang ramai atau mereka sebenarnya mempunyai alasan tersendiri?

Semua persoalan anda ini sudahpun dijawab peguam, Mufarwa Farid menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun perkongsian Mufarwa yang juga seorang penulis boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku pada hari ini sekaligus membetulkan tanggapan orang ramai berhubung isu panas berkenaan.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah:

Sebenarnya bermaksud mahu dibicarakan

Kenapa dia tak mengaku sedangkan siap ada bukti video dia bersalah? Bila seseorang itu tak mengaku salah, bukanlah maksud dia menipu mahkamah.

Ia bermaksud, dia minta untuk dibicarakan. Ayat ‘tak mengaku bersalah’ itu sebenarnya bermaksud ‘saya nak dibicarakan’.

Berlakulah proses perbicaraan

Kalau tak mengaku bersalah, akan berlakulah proses perbicaraan yang makan masa berbulan-bulan.Bila kes dibicarakan, dia ada peluang untuk kurangkan hukuman. Dia ada peluang untok bela diri, supaya tidak dihukum dengan hukuman yang terlalu tinggi.

Berbanding dengan dia terus mengaku, biasanya hukuman terus dijatuhkan pada waktu itu juga. Peluang untuk bela diri sangat-sangat terhad.

Tambah beliau lagi, hak untuk tidak mengaku bersalah untuk membela diri atas apa-apa pertuduhan/pendakwaan adalah hak semua orang.

Perkara sama dalam membabitkan isu diikat jamin dimana sesiapa sahaja boleh diikat jamin melainkan kes-kes tertentu melibatkan keselamatan negara.

Hak tidak mengaku bersalah ini adalah hak semua orang.Miskin ke, pertengahan ke, kaya ke, apabila dihadapkan di Mahkamah, mereka akan ditanya sama ada nak mengaku atau tidak.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan pesalah boleh bayar jamin untuk keluar sementara menunggu hari-hari perbicaraan seterusnya. Ada kesalahan yang boleh jamin, ada yang tak boleh.Hanya orang yang ditangkap di bawah SOSMA, ISA dan POCA sahaja tidak mendapat hak ini.

Terdahulu pasangan selebriti tersebut yang dihadapkan mahkamah berdepan hukuman penjara 6 bulan atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah bagi setiap pertuduhan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.