fbpx
Now Reading
“Semua Aku Kena Buang”- Gelagat Lelaki Berleter Ketika Buang Sampah Mencuit Hati

“Semua Aku Kena Buang”- Gelagat Lelaki Berleter Ketika Buang Sampah Mencuit Hati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selalunya, kita sering lihat kaum wanita sahaja yang suka berleter atau membebel apabila sedang marah ataupun geram kan?

Ramai tak tahu, sebenarnya ada juga sesetengah para jejaka yang akan melakukan hal yang sama apabila terlalu geram atau penat.

Disuruh buang sampah

Seperti video yang viral di Twitter ini apabila seorang remaja lelaki berleter kerana disuruh untuk membuang sampah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun bernama @kimyaqee2, seorang remaja lelaki dilihat sedang melepaskan perasaan geram apabila disuruh membuang sampah yang banyak.

Nak jogging tapi kena buang sampah

Dalam video tersebut, remaja berkenaan meluahkan rasa marah sambil menunjukkan sampah-sampah yang dibawa sambil memberitahu dia hanya ingin keluar untuk ‘jogging’ tetapi dipaksa buang sampah pula.

Malah, lelaki itu turut mempersoalkan tentang kenapa dia sahaja yang perlu membuang sampah pada masa itu kerana ramai lagi lelaki lain di dalam rumah.

Lebih kelakar, dia turut mengejek semua lelaki lain yang berada dirumahnya itu ‘pond*n’ sambil melakukan reaksi muka muncung yang lucu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat remaja itu.

Ramai juga dapat relate

Bahkan, ramai juga yang dapat relate dengan apa yang dilalui remaja tersebut kerana mereka juga sering disuruh untuk membuang sampah.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang meraih perhatian ramai itu telah mendapat 242K views, 8.5K retweets dan 16.5K likes di Twitter.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.