fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Salah Faham, Wanita Dengan Berat 101 Kg Bergelut & Hempap Muka Suami Sampai Mati Lemas

Hanya Kerana Salah Faham, Wanita Dengan Berat 101 Kg Bergelut & Hempap Muka Suami Sampai Mati Lemas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadang kala pergaduhan atau perselisihan faham dapat memudaratkan diri sendiri. Ada yang tak berfikir panjang sebelum melakukan sesebuah perkara kerana tidak dapat mengawal emosi.

Hal ini dapat dikaitkan dengan seorang wanita yang secara tak sengaja membunuh suaminya sendiri dalam satu pergaduhan.

Tatyana O, 45 difahamkan melakukan perkara itu sewaktu dia dan suaminya, Aidar berada di bawah pengaruh alkohol.

Dia bertindak menghempap dan duduk di belakang kepada Aidar dengan muka tersembam pada katil mengguanakan badannya yang seberat 101 KG  dengan niat agar suaminya itu memohon maaf.

Foto: The Sun

Namun ada sumber yang mendakwa dia tetap tidak melepaskan suaminya selepas lelaki itu meminta maaf dengan alasan hendak menenangkannya, seperti dipetik NY Post.

Anak tirinya yang menyaksikan pergelutan tersebut terus meminta bantuan daripada jiran namun jiran yang tiba kemudian menganggap ia hanyalah satu salah faham rumah tangga sebelum berlalu pergi.

Namun jirannya kemudian bergegas kembali ke rumah tersebut dan terus membuat panggilan kecemasan selepas Tatyana menjerit meminta tolong sebaik mendapati suaminya sudah tidak sedarkan diri.

Foto: The Sun

Suaminya kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada asfiksia selepas wanita tersebut menekan lehernya sehingga menyekat sistem pernafasan.

Dia disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat dan bakal ditahan selama 18 bulan selain didenda sebanyak £2,000 (RM 11,709).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.