Now Reading
Gencatan Senjata Palestin – Israel Diumumkan, Netizen Turut Rai Kemenangan Rakyat Palestin

Gencatan Senjata Palestin – Israel Diumumkan, Netizen Turut Rai Kemenangan Rakyat Palestin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa minggu bertaruh nyawa akibat bedilan roket dan bom di udara, rakyat Palestin kini sudah boleh menarik nafas lega selepas rejim Zionis Israel dan Hamas mengumumkan gencatan senjata bermula 2 pagi tadi, ( 7 pagi Malaysia)

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, pihaknya Keselamatannya sebulat suara menerima cadangan Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Perkara sama turut dikeluarkan Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad dengan memaklumkan ia berkuatkuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan).

Pengumuman tersebut pastinya menjadi satu kemenangan buat rakyat Gaza selepas lebih 200 penduduknya syahid manakala ribuan lagi cedera terkena serangan udara.

Malah ia bagaikan 1 satu syawal buat mereka memandangkan perayaan tersebut sebelum ini disambut secara sederhana disebabkan perang yang masih meletup tempoh hari.

Namun kemenangan tersebut tidak hanya disambut mereka disana, sebaliknya ia turut diraikan netizen di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Berita tersebut menyebabkan perkataan ‘tahniah’ dan ceasefire menjadi trending di laman Twitter Malaysia malah ia menjadi perbualan hangat di laman media sosial lainnya.

Eid with palestine!

Malah ramai aktivis termasuk golongan selebriti tidak terkecuali meluahkan rasa syukur di atas kemenangan penduduk Gaza di atas pengumuman gencatan senjata tersebut.

ยฉ 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.