fbpx
Now Reading
“ODL Pun Kena Lockdown”- Ada Ura-Ura PKP Penuh, Cadangan Pelajar Ini Undang Dekah Ramai

“ODL Pun Kena Lockdown”- Ada Ura-Ura PKP Penuh, Cadangan Pelajar Ini Undang Dekah Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat, terdapat desas-desus mengatakan kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh di beberapa negeri.

Baru-baru ini, viral sebuah video di aplikasi TikTok mengenai pelajar lelaki yang memberi cadangan berhubung isu total lockdown tersebut.

Desas desus bakal total lockdown

Menerusi perkongsian video itu, ia memaparkan seorang lelaki yang memberi tahu tentang khabar angin yang mengatakan akan berlaku total lockdown di beberapa buah negeri.

Dia yang merupakan pelajar universiti itu juga mengatakan bahawa kini semua kelas dan sesi pembelajaran adalah secara atas talian saja kerana ia dapat mengurangkan risiko dijangkiti wabak berbahaya itu.

Cadangan ‘luarbiasa’

Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila pemuda tersebut berpendapat jika betul apa yang dikatakan, dia memberi cadangan yang ‘luar biasa’ dengan meminta agar kelas atas talian juga dibuat total lockdown atau dalam bahasa mudahnya ditunda kerana pening dengan situasi yang berlaku.

“Online classes ni pun total kan lockdown. Sebab apa? Sebab nanti aku dapat apa je? Certificate in Degree Online

Malah, dia turut memegang kepalanya sebagai tanda isyarat pening memikirkan nasib para pelajar ketika pandemik ini.

@yourlovelybitxh

✨KEPALA BAPAK DIA✨ 🤣#fypシ #foryoupage #ColorCustomizer

♬ original sound – Lovelybitch

“Pro in powerpoint, pro in canva, pro in copy paste”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan lelaki itu.

Bahkan, ramai juga yang bersetuju dengan cadangannya itu dek kerana banyak cabaran yang dihadapi ketika pembelajaran atas talian.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 46.3K views, 7.1K likes dan 1.2K shares di laman TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.