Didakwa Langgar SOP Naik Kereta 4 Orang Ketika Pulang Dari IPD Seremban, Ini Respon Neelofa

Umum mengetahui usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa ketika ini sedang berdepan dengan satu dakwaan di mahkamah berhubung perlanggaran SOP sewaktu berada di sebuah premis perniagaan di Nilai, Negeri Sembilan awal Mei lalu.

Namun sewaktu hadir ke prosiding tersebut tempoh hari, dia yang menggunakan purdah bagaimanapun didakwa tidak mengenakan pelitup muka selepas tular sekeping foto menampakkan bentuk sebahagian mukanya iaitu mulut dan hidung di sebalik purdahnya itu.

Sehubungan itu Neelofa hari ini tampil di IPD Seremban, Negeri Sembilan bagi memberi keterangan ditemani suami, PU Riz dan juga dua peguamnya.

Namun sebaik selesai memberi keterangan, timbul pula ‘isu’ baru apabila netizen mendakwa pasangan ini meninggalkan balai polis dengan menaiki kereta seramai 4 orang.

Dakwaan tersebut keluar berikutan video yang dikongsikan Bernama dimana Neelofa dan PU RIZ yang baru selesai memberikan keterangan bagaimanapun dilihat menaiki kereta bersama peguamnya yang duduk di bahagian seat hadapan penumpang.

“Apa masalah puanni, langgar SOP terang-terang lagi. Satu kereta kan boleh 3 orang sahaja” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Dakwaan ini timbul memandangkan SOP yang dikeluarkan MKN bagi pelaksanaan PKP 3.0 adalah setiap kenderaan dihadkan kepada 3 penumpang sahaja.

Menerusi carian kami di instagram, sebuah lagi video yang dikongsikan Sinar Harian turut memperlihatkan kereta berkenaan dinaiki Neelofa dan PU RIz yang berada di tempat duduk belakang manakala peguamnya masuk duduk di tempat duduk hadapan.

Namun menerusi video tersebut kereta berkenaan bagaimanapun tidak bergerak sebelum rakaman digantikan dengan satu video lainnya.

Neelofa nafikan pulang ke KL berempat didalam satu kenderaan

Tidak lama kemudiannya, Neelofa menerusi lawan twitter menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan dia hanya menumpangkannya peguamnya iaitu Zahiril ke kenderaannya yang terletak tidak jauh 50m.

Malah menurutnya mereka sudahpun menghubungi pihak IPD Seremban tentang perkara ini. Tambah Lofa, dia dan Haris bersama pemandu kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur bertiga manakala peguamnya pulang ke kediamannya bersendirian.

Polis boleh meneliti semula CCTV

“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau daripada luar balai polis.

“Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham. Sekian terima kasih ” tulis Neelofa

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago