fbpx
Now Reading
Gadis Kaitkan Kematian Haziq Kamaruddin Dengan Vaksin AstraZeneca Mohon Maaf , Kini Diburu Polis

Gadis Kaitkan Kematian Haziq Kamaruddin Dengan Vaksin AstraZeneca Mohon Maaf , Kini Diburu Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerana mulut badan binasa. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan situasi gadis ini yang membuat tuduhan secara melulu tentang punca kematian seorang pemanah negara.

Menerusi video yang dikongsi, dia telah membuat tuduhan kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada suntikan vaksin AstraZeneca.

Foto: SCMP

Gadis itu kemudian telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui sebuah posting terbaru di Instagramnya.

Foto: IG
Foto: IG

“Saya ingin memohon maaf di atas kenyataan saya berkenaan vaksin AstraZeneca, bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan darah beku di jantung serta ianya mempunyai hubungkait dengan kaitan arwah Haziq.

“Saya mengetahui kesilapan saya mengenai pendapat saya telah menimbulkan salah faham kepada semua pihak.

“Itu semua adalah pendapat saya sendiri dan saya kurang berilmu berkaitan dengan perubatan.”

Menerusi laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam selepas rakaman itu tersebar pada Sabtu yang lepas.

Foto: Astro Awani

Polis kini sedang mengesan gadis itu kerana menyampaikan berita palsu mengenai kematian Allahyarham Haziq Kamaruddin, atlet pemanah negara melalui beberapa buah klip video di Instagramnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.