fbpx
Now Reading
Terserempak Entiti Misteri Sewaktu Kerja, Muncul Depan Mata Siap Bertenggek Atas Lori Sampah

Terserempak Entiti Misteri Sewaktu Kerja, Muncul Depan Mata Siap Bertenggek Atas Lori Sampah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat yang perlu bekerja pada shift malam, terserempak dengan entiti misteri memang kerap kali didengar. Ada sesetengah yang mengganggu, tetapi ada juga setakat memunculkan diri ‘mereka’.

Situasi seperti ini sekaligus dapat menimbulkan perasaan takut kepada orang lain untuk bekerja pada waktu malam.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang lelaki telah berdepan dengan hal ini dimana dia dan rakan sekerjanya terjumpa entiti misteri sewaktu bekerja.

“Dugaan kerja pagi ni..”

Menurut  perkongsian seorang pengguna Facebook yang lebih dikenali sebagai Zul, dia telah berkongsi dua keping gambar kelibat ‘hantu’ yang berjaya ditangkap sekitar jam 3 jam.

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan Alor Janggus, Alor Setar, Kedah sewaktu dia sedang bertugas pada larut malam. 

Pada gambar pertama, jelas kelihatan ‘pontianak’ di atas sebuah lori sampah manakala berkemungkinan ‘pocong’ di sebalik sebatang pokok pada gambar kedua.

Posting tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berpendapat situasi ini adalah perkara biasa boleh dilalui pekerja bertugas di waktu malam. Namun begitu, ada juga yang tidak nampak sebarang entiti seram di gambar yang dikongsi.

Nasib tengok siang hari

Biasa kena orang kerja pukul 3 atau 4 pagi

Bab ajak tong catu yang nak tergelak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.