fbpx
Now Reading
Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah Komanwel, Points Of Light Dari Ratu Elizabeth

Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah Komanwel, Points Of Light Dari Ratu Elizabeth

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin nama aktivis, Uncle Kentang tidak perlu diperkenalkan lagi. Banyak melakukan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan tanpa mengira agama bangsa, dan kewarganegaraan seseorang, kisah Uncle Kentang atau nama betulnya Kuan Chee Heng sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia sama seperti nama aktivis dan pendakwah Ustaz Ebit Lew.

Terbaharu, bakti dan jasa Uncle kentang bukan hanya mendapat penghargaan rakyat didalam Malaysia sebaliknya turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dimana beliau bakal menerima anugerah Komanwel, ‘Points of Light’ daripada Ratu Elizabeth II.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Uncle Kentang menerusi satu posting di akaun Facebooknya pada hujung minggu lalu.

“Dapat emel akan terima anugerah dari Ratu Elizabeth”

Menerusi laman rasmi Points of Light, nama Uncle Kentang sudahpun terpampang secara rasmi sebagai penerima ke-175 anugerah tersebut dan anugerah berkenaan diberikan sebagai mengiktiraf beberapa inisiatif beliau seperti ‘Pasar 10 sen’, persatuan NGO nya dan banyak lagi.

Bakal terima Anugerah 12 Jun 2021

Beliau menerusi satu lagi posting kemudiannya memaklumkan bakal menerima anugerah tersebut pada 12 Jun ini. Meskipun tidak memberikan lokasi majlis tersebut, anugerah sebegini kebiasannya akan berlansung di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Kuala Lumpur.

Mengakui gembira dengan penganugerahan tersebut, Uncle Kentang bagaimanapun berpendapat pengiktirafan berkenaan bukanlah untuk dirinya sahaja sebaliknya untuk semua rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha kebajikannya.

“Sebenar nya penghargaan tersebut adalah untuk anda semua. Tanpa anda, kita tidak dapat membantu orang. Tanpa usaha anda setiap kali melaungkan tutup tutup ramai yang akan kelaparan dan yang meninggal akan berduka kerana tiada ada yang urus. Anak anak kecil akan kelaparan dan ibu bapa mereka akan kesedihan….

“Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk (diri) saya sendiri tetapi ia dalah hak aanda semua dan hak rakyat Malaysia yang telah ‘gila’ menderma’gil’ membantu dan ‘gila’ memberi sokongan kepada semua inisiatif kita.

“IA BUKAN MILIK SAYA, IA MILIK SEMUA. IA MILIK MALAYSIA.

Secara ringkasnya, anugerah Points of Light ini akan diberikan setiap minggu kepada individu-individu dari 54 negara Komanwel yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat baik di dalam atau luar negara.

Selain beliau, beberapa lagi rakyat Malaysia sebelum ini sudah menerima anugerah sama antaranya Dr Madhusudhan Shanmugam  yang lebih dikenali sebagai ‘The Teddy Bear Doctor ‘ yang merupakan penerima pertama dari Malaysia sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada 2018.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.