10 Tahun Kerja Di Malaysia, Warga Asing Teruja Dapat Surprise Sebelum ‘Balik Kampung’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan warga asing datang ke Malaysia adalah kerana ingin mencari rezeki lebih untuk menampung kehidupan sendiri ataupun keluarga mereka dari negara asal.
Sebagai rakyat Malaysia yang menyantuni orang luar, kita haruslah bersikap baik dengan mereka tidak mengira apa-apa bangsa ataupun agama.
Buat surprise kepada perkeja asing
Begitulah yang ditunjukkan melalui perkongsian seorang wanita yang bernama @fikazakuan di laman TikTok yang memaparkan video membuat surprise kepada seorang pekerja warga asing di syarikat tempatnya bekerja.
Difahamkan, hari tersebut merupakan hari terakhirnya bekerja kerana akan balik ke negara asalnya setelah lebih 10 tahun bekerja disitu.
Oleh hal demikian, wanita tersebut dan rakan sekerja yang lain telah merancang untuk membuat kejutan kepada pekerja asing yang bernama Ahamed tersebut.
Hanya pakai slipper biasa
Mereka memberikannya sepasang kasut berjenama memandangkan mereka sering melihat Ahamed hanya memakai selipar biasa sahaja sepanjang dia bekerja di situ.
Ahamed dah 10 tahun dekat sini. Dia selalu pakai slipper…
Kami decide nak surprise kasut branded sebelum dia balik kampung
Wanita tersebut turut memberitahu bahawa pada mulanya dia meminta tolong Ahamed untuk mengasingkan kertas dalam kotak. Namun, sebenarnya dia sudah meletakkan kasut tersebut di dalam kotak itu juga.
Tak pernah tengok dia beli barang untuk diri sendiri..duit semua hantar kampung.
Teruja dapat kasut baru
Apa yang lebih mengharukan, Ahamed kelihatan teruja dan tersenyum sebaik sahaja menyarungkan kasut tersebut. Ternyata reaksi lelaki tersebut mengundang rasa terharu orang ramai.
@fikazakuan menyesal record landscape.. Throwback last day Ahamed di Malaysia 😭👋 #foreignworker #surprise #hrlife #thankyou #emotional
♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat video tersebut. Ramai juga yang memuji sikap murni wanita berkenaan yang melayan pekerja warga asing tersebut dengan baik.
Bahkan, ramai juga yang berkongsi pengalaman masing- masing yang pernah bekerja bersama warga asing dan turut melayan mereka dengan baik sama seperti pekerja tempatan.
Jangan pandang serong
Semoga perkongsian seperti ini dapat mengubah stigma masyarakat agar tidak memandang serong terhadap orang luar yang bekerja di Malaysia dan melayan mereka sama seperti warga tempatan.