
“Lepas 8 tahun susah senang bersama..” – Pernah Tular Kisah Bertahun Guna Skuter Sebelum Beli Kereta, Kini Pasangan Ini Upgrade Kereta Baru Lagi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat beberapa tahun lalu tular kisah inspirasi seorang pengguna Twitter, Taleeb Mizad dan isterinya, Juliana Nazarudin yang berjaya membeli kereta selepas beberapa tahun memulakan kehidupan mereka dengan menggunakan skuter.
Mengunakan tanda pagar #susahsenangbersama, perkongsian tersebut membuka mata ramai anak muda yang sebelum ini takut untuk berkahwin awal dan membuatkan mereka mula percaya kepada konsep ‘pasti ada rezeki selepas berkahwin’ asalkan mereka sanggup berusaha dan yakin dengan ketentuan yang Maha Esa.
Dulu kami ke mana-mana naik skuter je.Skrg hasil usaha kami bersama dlm bisnes Shaklee,banyak usaha lain & percaya pada rezeki lepas kahwin,dapatlah merasa pakai seatbelt Toyota Vios,dulu pakai helmet MS88 je😂Rezeki sentiasa ada selagi kita yakin & usaha.#susahsenangbersama pic.twitter.com/KC2R3VhxD3
— Taleeb Mizad™ (@taleebmizad) April 28, 2018
Taleeb yang juga seorang penyanyi dan influencer cukup dikenali di media sosial sebagai seseorang yang banyak berkongsi tips dan nasihat positif dalam mengharungi kehidupan membuatkan kami sendiri gemar mengikuti perkongsian dan perkembangannya.
Namun siapa sangka hanya dalam beberapa tahun, Taleeb atau nama betulnya Abdul Muttaleeb Bin Mizad sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi mengenai kereta yang baru sahaja dimiliknya iaitu sebuah kereta SUV Honda.
Yang lebih menariknya kereta tersebut adalah dari model tertinggi iaitu Honda CRV-V AWD.
Lepas 8 tahun susah senang bersama
Menerusi video tersebut, Taleeb turut berkongsi kisah bagaimana dia memulakan kehidupan sehingga ke tahap ini . Selain itu dia turut menitip beberapa kata nasihat berupa teks didalam video sama.
“Rezeki selepas kahwin akan ada berterusan macam air. Yg penting sepakat,komunikasi & jelas peranan masing-masing.
“Kami berdua byk belajar melalui pengalaman,tapi satu perkara yg bermakna & kami percaya.
“Bila kita IKHLAS semua urusan mendatang akan dipermudahkan, pasti ada jalan keluar atas setiap masalah. Cukup hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui niat & naluri hati kita.” kata Taleeb.
Betullah apa yang dikatakan, jika keyakinan kita tinggi pada Tuhan, pasti ada ganjaran dariNya. Jangan mudah berputus asa dan sememangnya Taleeb antara belia yang patut dicontohi di atas kecekalan beliau dalam menghadapi situasi sukar dan tidak mudah berputus asa.
Mungkin ada peluang yang boleh diambil dari kisah mereka oleh sesiapa yang terkesan waktu pandemik ni dan mungkin dapat membantu menjana pendapatan terutama di waktu pandemik ini berlaku.
Dan dengar cerita, Taleeb jana income 100% melalui hujung jari dan hanya dari rumah Di zaman pandemik ni, kita kena bijak mengambil peluang kalau begitu!Yang penting halal dan rezeki berkat 👍🏻